Tular Dakwaan Tentang Program Kewarganegaraan, Exco Pulau Pinang Tampil Beri Penjelasan
Terdahulu, JPN mendedahkan mereka tidak terlibat dengan Program Kewarganegaraan tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada Sabtu (8 Jun) yang lalu, tular di media sosial satu hantaran mengenai Program Kewarganegaraan di Pulau Pinang (PKPP).
Menurut hantaran yang dikongsikan di akaun Facebook Nurul Islam Mohamed Yusoff, pengguna itu mendakwa program anjuran Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu merupakan langkah mudah bagi penduduk di negeri berkenaan memperoleh kewarganegaraan.
Nurul berasa hairan kerana dia berpendapat proses memohon kewarganegaraan bukanlah satu proses yang mudah.
Malah, dia turut mempersoalkan parti berkenaan yang dilihat mengambil fungsi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan kejayaan program tersebut dalam mendapatkan kewarganegaraan khususnya kepada penduduk bangsa Cina yang belum ada kerakyatan di negeri Pulau Pinang hingga program tersebut turut diperluaskan ke negeri lain di Malaysia.
Cara Mudah Mohon Kewarganegaraan Malaysia Aku tertengok kat dalam Facebook poster Program Permohonan Kewarganegaraan…
Posted by Nurul Mohamed Yusoff on Friday 7 June 2024
Exco Pulau Pinang Tampil Beri Penjelasan
Membidas kenyataan tersebut, Ahli Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Lim Siew Khim tampil menjelaskan perkara berkenaan.
Menurut Lim, Program Kewarganegaraan Pulau Pinang (PKPP) bukanlah agensi swasta di bawah JPN.
Sebaliknya, ia merupakan antara inisiatif kerajaan negeri yang telah diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 1 Februari 2013 bagi membantu penduduk yang tidak mempunyai kerakyatan Malaysia.
Beliau yang merupakan Pengerusi Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam juga telah dilantik sebagai pemantau program berkenaan.
“Empat Pegawai Pembantu Kewarganegaraan telah dilantik untuk membantu penduduk Pulau Pinang yang lahir di Pulau Pinang yang menghadapi pelbagai masalah permohonan taraf kewarganegaran seperti daftar lewat sijil lahir, daftar lewat kad pengenalan, permohonan kewarganegaraan Malaysia, permohonan MyPR, MyKas, dan permohonan lain yang berkaitan dengan status kerakyatan Malaysia,” katanya menerusi kenyataan tersebut.
PKPP Bertindak Sebagai Perantara Antara Orang Awam & Kerajaan
Tegas Siew Khim, program tersebut tidak mengeluarkan kad pengenalan (IC) namun ia hanyalah berperanan sebagai ‘orang tengah’ di antara orang awam dan kerajaan.
Inisiatif ini dilakukan kerana wakil rakyat di negeri tersebut menerima banyak aduan dan permohonan mengenai isu tersebut.
“PKPP telah membantu ramai penduduk Pulau Pinang. Jika permohonan tidak memenuhi syarat di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, maka kami akan menasihati mereka tentang langkah yang sewajarnya.
“PKPP bukan sebuah unit baru atau beroperasi secara rahsia. Ia telah ditubuhkan sejak 2013 dan telah dibentangkan dalam mesyuarat EXCO dan di Dewan Undangan Negeri (DUN). Semua orang sedia maklum mengenai unit ini, dan ia tidak pernah menjadi isu sebelum ini.
“Unit ini telah membantu ramai orang yang layak mendapatkan kewarganegaraan mereka dengan mengikuti undang-undang,” jelasnya lagi.
PKPP Telah Bantu Ramai Pihak
Tambah Lim, sejak diperkenalkan pada tahun 2013, program PKPP telah banyak membantu rakyat di negeri itu dalam permohonan taraf kewarganegaraan.
“Ramai telah menerima manfaat dari program ini termasuk orang Melayu, Cina, dan India. Kami telah membantu mereka mengemukakan permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia di JPN.
“Dengan bantuan kami (2018 hingga kini), seramai 101 orang telah berjaya memperoleh taraf kewarganegaraan,” katanya.
Pada hujung hantara, dia sekali lagi menegaskan bahawa Program Kewarganegaraan Pulau Pinang bukanlah sebuah JPN swasta
“Kami membantu penduduk yang dilahirkan di Pulau Pinang yang tidak mempunyai taraf kerakyatan Malaysia dalam menyelaraskan pelbagai permohonan berkaitan status kerakyatan di JPN,” katanya lagi.
𝗦𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗲𝗹𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿 𝗱𝗶 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗞𝗲𝘄𝗮𝗿𝗴𝗮𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻…
Posted by Lim Siew Khim 林秀琴 on Sunday 9 June 2024
JPN Nafi Terlibat Dalam Program Kewarganegaraan
Dalam pada itu, dakwaan yang tular turut mendapat perhatian daripada JPN. Menerusi satu kenyataan di akaun Facebook rasmi mereka, JPN mendedahkan mereka tidak terlibat dengan program tersebut.
JPN turut menjelaskan bahawa sebarang permohonan yang melibatkan kewarganegaraan perlu dibuat di kaunter JPN dengan kehadiran pemohon itu sendiri.
“JPN sentiasa ingin menegaskan penganugerahan taraf kewarganegaraan merupakan anugerah tertinggi oleh Kerajaan Malaysia kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi syarat.
“Proses yang dilaksanakan oleh Kerajaan tertakluk kepada Perlembagaan persekutuan dan selari dengan undang-undang yang berkuat kuasa bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terjamin,” tulisnya menerusi satu kenyataan.
Kenyataan Media Jabatan Pendaftaran Negara berkaitan penjelasan isu tular "PROGRAM PERMOHONAN KEWARGANEGARAAN". 8 Jun 2024
Posted by Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia on Saturday 8 June 2024
Program Kewarganegaraan Di Johor Bahru Ditunda
Dalam pada itu, susulan daripada dakwaan yang tular itu, Program Kewarganegaraan yang sepatutnya diadakan pada 30 Jun ini di Plaza Sentosa Johor Bahru telah ditunda.
Pengumuman tunda itu dibuat menerusi akaun Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang Andrew Chen Kah Heng selepas poster program berkenaan tular di media sosial dan menimbulkan spekulasi serta salah faham dalam kalangan pengguna media sosial.
Malah, Kah Heng turut menjelaskan bahawa program berkenaaan hanyalah bertujuan untuk memberi penerangan dan pemahaman kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai masalah ketiadanegaraan (statelessness).
TAKLIMAT DAN PENERANGAN KEWARGANEGARAAN DITANGGUHKAN Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Program *Taklimat dan…
Posted by Andrew Chen Kah Eng 曾笳恩 on Saturday 8 June 2024
KENYATAAN MEDIA YB ANDREW CHEN KAH ENG (ADUN STULANG) 9 JUN 2024 BERHUBUNG TULAR ISU PROGRAM TAKLIMAT DAN PENERANGAN…
Posted by Andrew Chen Kah Eng 曾笳恩 on Sunday 9 June 2024
Baca Artikel Berkaitan: Warganegara Malaysia Wajib Kuasai & Fasih Bahasa Melayu – Saifuddin
Baca Artikel Berkaitan: “Wanita Juga Ada Hak” – Dr Zulkifli Mahu Kerajaan Teliti Isu Kewarganegaraan Anak Dilahirkan Di Luar Malaysia