Lelaki Dikecam, Dakwa ‘Cop Parking’ Di Kawasan Flat Adalah Normal [Video]
Menerusi video tersebut, turut kedengaran lelaki yang ‘mengecop parkir’ itu meninggikan suara kepada pemandu dan juga perakam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui budaya cop parkir atau istilah lebih popularnya ‘cop parking’ adalah satu kesalahan namun sering diamalkan oleh segelintir individu demi kepentingan mereka.
Malah perkara ini tidak hanya dilakukan di tempat awam seperti pusat membeli belah sahaja, tetapi ia turut dilihat di kawasan residensi seperti rumah flat, apartmen dan sebagainya.
Ini jelas bertentangan dengan undang-undang tempatan memandangkan kebanyakan kawasan berkenaan mempunyai konsep parkir yang terbuka untuk kegunaan semua termasuklah pelawat.
Tular video kelaki didakwa cop parkir kereta di kawasan flat
Baru-baru ini, tular satu video di X mencetuskan kemarahan netizen apabila mendakwa perbuatan mengecop parkir di kawasan perumahan flat adalah satu perkara normal.
Menerusi video tersebut, awalnya kedengaran seorang wanita yang sedang meluahkan kekecewaannya kerana dimarahi oleh seorang lelaki yang dipercayai tidak membenarkan dia untuk memarkir kenderaan di kawasan terbabit.
“Ha ni ha, dia marah orang parking tapi kon tak ada. Kau tengoklah sana kon, sini kon,” kata wanita berkenaan.
Kedengaran lelaki mengamuk memarahi pemandu kereta
Dalam video turut kelihatan satu parkir kosong yang diletakkan kon penghalang jalan sebagai tanda tidak membenarkan sesiapa untuk memarkir di kawasan berkenaan.
Malah turut kedengaran lelaki berkenaan meninggikan suara dan memarahi kepada individu yang menaiki kenderaan itu.
“Kalau buat tempat orang sama saja bang,” katanya malah dia juga ada menyebut membayar puluhan ribu yang dipercayai merujuk kepada harga rumah yang dibeli.
Ni baru boleh panggil miskin hina, Dh miskin duduk menyewa dekat flat pastu chop parking. pic.twitter.com/QUKYhKXBdR
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) June 10, 2024
‘Normal cop parking sebab dah bayar mahal’
Menerusi video wanita berkenaan turut memaklumkan, lelaki itu mengatakan adalah suatu yang normal untuk cop parking kerana sudah mengeluarkan bayaran mahal.
“Katanya ‘normal lah cop parking sebab bayar berpuluh ribu’ padahal duduk flat,” tulisnya.
Enggan bertikam lidah, kereta yang dinaiki oleh wanita itu kemudiannya berjalan mungkin untuk mencari kawasan parkir lain.
Ramai sarankan jangan beli atau sewa di rumah flat yang tiada parking sendiri
Melihat di ruangan balas, ramai yang mendakwa situasi seperti itu sering kali berlaku di kawasan perumahan flat mahupun apartmen.
Malah ada segelintir menyifatkan perkara sebegitulah yang menyebabkan mereka tidak mahu membeli mahupun menyewa di rumah flat kos rendah.
Walau bagaimanapun, ada juga yang berpendapat pihak berkuasa perlu mengambil tindakan atas perkara tersebut.