Ramai Terkilan Ada Individu Yang Tak Tahu Nama Bapa Nabi Muhammad SAW [Video]
Meskipun terdapat segelintir yang gagal, namun ada juga yang dapat menjawab soalan tersebut dengan menyebut Abdullah nama bapa Rasulullah SAW.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap umat Islam yang lahir ke dunia ini pasti akan diajar untuk mengenali Allah SWT dan kekuasaanNya.
Selain itu, kita juga perlu mengenali para nabi serta mengetahui salah silah keluarga dan cabaran yang dihadapi ketika berjuang dalam menyebarkan agama Islam seperti Nabi Muhammad SAW.
Namun adalah amat membimbangkan sekiranya seorang muslim tidak mengenali Nabi Muhammad SAW, ini kerana Rasulullah mempunyai peranan yang sangat besar dalam penyebaran agama Islam selain semua muslim disunatkan untuk mengikuti sunnahnya.
Individu tak dapat jawab ketika disoal siapa nama bapa Nabi Muhammad SAW
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan segelintir individu yang tidak dapat menjawab apabila disoal siapakah nama bapa kepada Nabi Muhammad SAW.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @dventuressg di TikTok, awalnya kelihatan seorang lelaki telah membuat eksperimen sosial di sebuah expo yang dipercayai berlangsung di Singapura.
Dalam eksperimen sosial itu, lelaki berkenaan bertanya mengenai nama pemain bola dan selebriti yang terkenal di dunia. Caranya adalah dia akan menyebut nama awal selebriti itu dan individu terbabit perlu menjawab sambungan nama berkenaan.
Dapat jawab nama selebriti tapi terdiam apabila disoal nama bapa Nabi SAW
Antara nama yang disebut adalah Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Brad Pitt dan sebagainya. Namun sebaik sahaja dia bertanya nama bapa Rasulullah ramai yang tidak dapat menjawabnya.
“Christiano? ‘Ronaldo’. Lionel? ‘Messi’. Brad? ‘Pitt’. Nabi Muhammad bin?,” soalnya kepada individu pertama dan soalan akhir tidak dapat dijawab.
Soalan yang sama turut disoal kepada dua lagi individu namun mereka juga tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan betul.
Lelaki itu kemudian memaklumkan adalah penting untuk mengenali Nabi Muhammad SAW, malah dia turut meminta orang ramai untuk hadir ke boothnya yang menyediakan ‘motion chair’ memaparkan virtual gambaran tentang perjuangan Rasullullah.
Ada yang dapat jawab dengan betul siap bagi nama atok Nabi SAW
Dalam satu lagi video dimuat naik, lelaki berkenaan juga ada menunjukkan segelintir orang awam yang dapat menjawab soalan tersebut dengan betul.
“Jennifer? ‘Lopez’. Christiano? ‘Ronaldo’. David? ‘Beckham’. David Beckham laju (jawab).
“Nabi Muhammad bin? ‘Abdullah’. Betul!” katanya dengan teruja.
Individu seterusnya yang ditanya turut dapat menjawab soalan tersebut malah turut menyebut nama datuk Nabi Muhammad SAW iaitu Abdul Muttalib.
Malah lelaki yang membuat eksperimen sosial terbabit turut memaklumkan kepada individu berkenaan mereka adalah antara segelintir (yang sudah ditanya) yang tahu nama bapa Nabi Muhammad SAW.
Ramai sedih lihat ramai yang tak tahu
Melihat di ruangan komen, ramai yang terkilan dan sedih apabila mengetahui ada individu yang tidak mengenali dan ingat nama bapa Rasullullah.
Malah ada yang menganggap video yang dikongsikan itu sebagai satu teguran buat orang ramai.
Video sama bagaimanapun turut menjadi tular di laman X, serta mendapat perhatian sama di kalangan netizen.
alhamdulillah ada yang betul. pic.twitter.com/whywkNNO84
— ًِ (@bckupacc99) June 10, 2024