fbpx
Now Reading
“Selamba Je Dia Jalan Melintang”- Insiden 2 Motosikal Bertembung Curi Perhatian [Video]

“Selamba Je Dia Jalan Melintang”- Insiden 2 Motosikal Bertembung Curi Perhatian [Video]

Tindakan salah seorang dari mereka menunggang secara melintang dari arah kanan ketika lampu isyarat hijau menyebabkan berlakunya pertembungan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pengguna jalan raya pasti mengetahui melanggar lampu isyarat merah merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.

Namun masih lagi ada yang berdegil apabila tetap melakukan kesalahan tersebut sehingga menyebabkan individu tak bersalah terbabit dalam kemalangan.

Meskipun telah banyak video yang tular memaparkan tindakan segelintir pengguna yang melanggar lampu isyarat merah sehingga menyebabkan kecederaan dan sebagainya namun ia masih belum menyuntik kesedaran dalam diri sesetengah pihak.

Tular motosikal melintas ketika lampu isyarat merah

Terbaharu, tular satu video di media sosial memaparkan tindakan sebuah motosikal yang melanggar lampu isyarat merah sehingga kemalangan.

Menerusi video dashcam yang tular di laman X, awalnya kelihatan beberapa kenderaan telah berhenti di lampu isyarat merah simpang empat.

Sebaik sahaja lampu bertukar kepada hijau sebuah van yang berada di barisan hadapan kemudian telah berjalan ke depan.

Lintas selepas van jalan sebaik lampu bertukar hijau

Tidak lama selepas itu, datang sebuah motosikal dari arah sebelah kanan dan berjalan terus secara melintang di hadapan lampu isyarat berkenaan tanpa melihat kenderaan di sebelah kirinya.

Jelas dalam rakaman dia melanggar lampu isyarat merah memandangkan warna lampu isyarat di laluan yang digunakan van tersebut baru sahaja bertukar hijau.

Penunggang dari arah belakang rempuh sisi motosikal sehingga tercampak ke jalan

Namun secara tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah belakang pemilik dashcam dalam keadaan laju telah merempuh sisi motosikal yang sedang melintas.

Perkara itu secara tidak langsung telah menyebabkan kedua-dua penunggang motosikal kemudiannya tercampak ke atas jalan raya.

Sebaik terjatuh, individu yang menunggang motosikal dari arah kanan segera bangun dan mengangkat motosikalnya. Manakala seorang lagi masih berada di atas jalan.

Insiden membabitkan dua motosikal itu dipercayai berlaku pada 9 Jun lalu sekitar jam 2.11 petang.

Melihat di ruangan komen, ada yang mendakwa kejadian itu seperti berlaku di hadapan Klinik Kesihatan Selayang, Selangor.

Video tersebut turut tular di Facebook sehingga mencetuskan pengguna media sosial.

“Mendapat betul”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.