fbpx
Now Reading
“Siapa Yang Salah?”- Rider Mencelah Ketika Jalan Sesak Hingga Terkena Side Mirror Kereta Jadi Perhatian [Video]

“Siapa Yang Salah?”- Rider Mencelah Ketika Jalan Sesak Hingga Terkena Side Mirror Kereta Jadi Perhatian [Video]

Tindakan penunggang motosikal itu menyebabkan dia melanggar cermin sisi kereta Perodua Ativa hingga menyebabkan cermin sisi motosikalnya turut terlipat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pengguna jalan raya sering kali diingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Ia bagi mengelakkan daripada berlakunya insiden yang tidak diingini seperti kemalangan jalan raya atau yang lebih teruk jika menyebabkan kematian.

Namun, ada keadaan yang memerlukan setiap pengguna jalan raya bertolak ansur sebagai contoh ketika melalui jalan yang sempit, sesak atau ketika lampu isyarat tidak berfungsi.

Penunggang Motosikal Mencelah Diantara Dua Kereta

Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi X di akaun @MALAYSIAVIRALLL, kelihatan seorang penunggang motosikal cuba mencelah di antara kereta Perodua Alza dan Perodua Ativa.

Apa yang menjadi perhatian adalah tindakannya yang cuba menyelit di laluan sempit itu ketika kedua-dua kereta berhenti kerana kesesakan jalan raya.

Lebih merumitkan keadaan apabila kedua-dua kereta dilihat rapat ke garisan tengah itu. Keadaan ini pasti menyukarkan mana-mana motosikal untuk melepasinya.

Namun, penunggang motosikal itu dilihat tetap meneruskan niatnya. Perbuatan rider berkenaan menyebabkan dia terlanggar cermin sisi kereta Perodua Ativa yang berada di sebelah kiri hingga menyebabkan cermin sisi motosikalnya turut terlipat ke belakang.

Melalui video itu juga, kedengaran dia menekan hon sebagai isyarat kepada pemilik kereta itu agar memberi sedikit laluan kepadanya sebelum berjaya melepasi laluan sempit itu.

Ada Sokong Kereta, Ada Sokong Motor

Video yang dikongsikan itu nyata meraih perhatian warganet. Rata-rata mempunyai pendapat mereka tersendiri.

Ada yang berpendapat kedua-dua pengguna jalan raya itu salah. Namun, ada juga yang menyalahkan penunggang motosikal itu serta meletakkan kesalahan kepada kedua-dua pemandu kereta berkenaan.

Segelintir warganet berpendapat penunggang motosikal berkenaan seharusnya bersabar dan tidak melalui laluan sempit itu serta menunggu sahaja kedua-dua kereta berkenaan bergerak.

Namun, ada juga yang tidak menyalahkan rider berkenaan kerana mereka berpendapat pemandu kereta tersebut seharusnya memberi laluan kepada penunggang motosikal itu lebih-lebih lagi di laluan yang kecil.

Berikut antara komen warganet:

“Aku Pengguna Motor, Aku Juga Pengguna Kereta. Dalam Hal Ini, Dua-Dua Salah”

“Aku Pun Bawa Kereta Dengan Motor, Kalau Rasa Tiada Ruang, Aku Tak Menyelit Sebab Nak Kena Jaga Keselamatan Juga”

“Dalam Situasi Ini Rider Tak Salah, Kereta Yang Patut Mengalah, Kenapa Kereta Lain Ada Ruang Untuk Laluan Motor?

“Kereta Pun Satu, Dah Tahu Ada Motor Nak Lalu, Bagi Laluan Sikit”

“Mana Boleh Himpit Kiri & Kanan Tu, Dah Tak Muat”

“Apa Nak Buat, Jalan Makin Kecil, Kereta Makin Besar”

“Motor Tak Boleh Berhenti Tunggu Ke? Dah Tahu Jalan Jem”

“Dah Langgar Lari, Angkat La Tangan Minta Maaf”

Baca Artikel Berkaitan: ‘1st Time Jumpa Tol?’ – Video Penunggang Motosikal Gigih Nak Bayar Tol Raih Perhatian Netizen

Baca Artikel Berkaitan: Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.