fbpx
Now Reading
Tukang Paip Jumpa Tulang Dipercayai Kepala Babi Dalam Tangki Air, Dakwa Angkara Perbuatan Khianat [Video]

Tukang Paip Jumpa Tulang Dipercayai Kepala Babi Dalam Tangki Air, Dakwa Angkara Perbuatan Khianat [Video]

Lebih mengejutkan, tukang paip itu turut mendakwa bahawa rumah berkenaan dihuni oleh orang beragama Islam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Antara punca air di sebuah rumah boleh menjadi keruh atau kotor adalah disebabkan tangki air yang kebiasaannya berada di atas bumbung tidak dibersihkan.

Lebih menggelikan jika ada bangkai haiwan seperti tikus, kucing atau burung yang mati di dalam tangki dibiarkan sehingga air berbau busuk.

Perkara ini boleh terjadi sekiranya tangki air terbabit tidak mempunyai penutup atau tidak ditutup dengan rapat.

Tukang paip jumpa tengkorak babi dalam tangki air rumah

Bagaimanapun, lain pula dengan kisah satu ini apabila tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki yang juga tukang paip terjumpa tulang haiwan di dalam tangki air rumah pelanggannya.

Tukang paip terbabit mendakwa bahawa tulang haiwan yang ditemui olehnya itu merupakan tengkorak babi.

Tukang paip dakwa perbuatan dilakukan seseorang kerana hasrat dengki

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @aldiansah623, lelaki terbabit percaya perkara itu berlaku angkara perbuatan khianat atau hasrat dengki seseorang terhadap pemilik rumah terbabit.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku pada tangki simpanan air di salah sebuah rumah di Taman Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan.

“Assalamualaikum, tangki air rumah orang kena bagi kepala babi, tengok ini dekat atap. Tak kesiankan orang lain, ada sifat dengki macam itu,” katanya.

Dakwa penghuni rumah beragama Islam

Lebih mengejutkan, tukang paip itu turut mendakwa bahawa rumah berkenaan dihuni oleh orang beragama Islam.

“Ingat tak dosa ke, dosa kalau buat orang macam ini. Tangki air ini buat ambil wuduk, mandi, berus gigi dan macam-macam lagi,” katanya lagi.

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi selepas melihat video terbabit.

Boleh jadi kerana perbuatan sihir?

Ada segelintir orang yang mendakwa bahawa perbuatan tersebut berkemungkinan angkara ilmu hitam, namun ada juga yang berpendapat tulang tersebut dibawa oleh haiwan lain.

Ramai yang turut tertanya-tanya adakah air itu tidak berbau sekiranya bangkai kepala babi itu terlalu lama di dalam tangki berkenaan sehingga menjadi tulang.

Tidak kurang juga yang menasihatkan orang ramai agar sentiasa memeriksa dan menutup tangki air bagi mengelakkan kejadian sebegitu berlaku.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.