Tular Penunggang Motosikal Guna Laluan Kereta Rempuh Pengawal Keselamatan Tol [Video]
Berdasarkan video dashcam, kelihatan pengawal keselamatan itu ingin melintas menuju ke arah bangunan plaza tol sebelum dirempuh motosikal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Undang-undang atau peraturan yang dilaksanakan di negara ini bukanlah dibuat dengan hanya sesuka hati tanpa sebarang sebab, sebaliknya ia pasti mempunyai alasan tertentu seperti untuk keselamatan dan sebagainya.
Pun begitu, masih ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab dengan sengaja melanggar peraturan ini termasuk di jalan raya sehingga mendatangkan kesusahan kepada orang lain.
Tular sekuriti tol dirempuh penunggang motosikal yang guna laluan kereta
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan kemalangan seorang pengawal keselamatan lelaki di Plaza Tol Juru, Kedah yang dirempuh sebuah motosikal yang menggunakan laluan kereta.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun X @mummymikamalik, kelihatan pengawal keselamatan itu ingin melintas menuju ke arah bangunan plaza tol terbabit.
Lelaki yang sedang bertugas itu kemudiannya menunggu pemandu kereta yang juga pemilik dashcam untuk berhenti sebelum melintas.
Penunggang bawa laju gagal mengelak sebelum merempuh sekuriti
Bagaimanapun, ketika dia sedang melintas, secara tiba-tiba datang sebuah motosikal yang bergerak secara laju sekali gus gagal mengelak lalu merempuh sekuriti terbabit.
Rempuhan itu menyebabkan kedua-duanya terjatuh sebelum dibantu oleh beberapa penunggang motosikal yang lain dan orang awam yang berada di sana.
Difahamkan, kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu (7 Jun) itu menyebabkan pengawal keselamatan terbabit mengalami kecederaan ringan.
Video rakaman dashcam berkenaan juga telah diserahkan kepada pihak Plaza Tol Juru untuk tindakan lanjut.
Penunggang terbabit sepatutnya menggunakan laluan motosikal di plaza tol berkenaan sekiranya ada dan bukannya laluan kereta.
Clarification:
— Mummy Mika (@mummymikamalik) June 10, 2024
1. Accident jadi dekat Plaza Tol Juru. Maaf takleh edit kitonyo takdek tick biru tu. 😂
2. Setakat kami di tempat kejadian masa tu, guard/security cedera ringan.
3. Video dashcam kami dah serahkan ke pihak tol Juru
4. Padan muka mat motor. Kesian tapi padan muka
Netizen pakat kecam penunggang motosikal sebab tak guna laluan yang dikhaskan
Sementara itu, memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan penunggang terbabit kerana menggunakan laluan kereta dan bukannya laluan motosikal.
Kebanyakan netizen juga meletakkan kesalahan kepada penunggang berkenaan yang menjadi punca kepada insiden terbabit.
Malah, ada juga yang meminta agar pengawal keselamatan terbabit mengambil tindakan dengan menyaman penunggang motosikal berkenaan.
Yang salah motor tapi terpaling geng motor ni tolong mamat motor tu je, takda pun nak datang tolong guard tu bangun check condition dia ka apa
— Syipa (@SyffaAzlan) June 10, 2024
Nak bincang apa?
— el crocadillo fuego (@BakiAndaXcukup) June 10, 2024
Moto ada laluan dia dah. Salah moto.
Kenapa kena tanya motor ke pekerja tol yang salah? Terang lagi bersuluh kan motor ada jalan dia sendiri
— s (@syaaamyn) June 11, 2024
Motor. Bukan laluan dia 1 hal, laju namati.
— 𝐟𝐞𝐞𝐫𝐚 ⟭⟬⁷ (@feeragreen) June 10, 2024
salah motor,alasan kukuh sngt sbb motor tu masuk laluan bkn laluan motor..security tu akn dpt claim pampasan dari perkeso atau sebaliknya,insyaallah layak..lagi satu ambik peguam,ambik tindakan kat motor tu,mmg akn ada hasil,percayalah ckp saya,mmg akn ada hasil
— Asyraf Parutos (@asyrafali2) June 10, 2024