fbpx
Now Reading
Kongsi Gaji Lumayan Di Singapura Jadi Trend, Rupanya Ramai Rakyat Malaysia Ingin Kerja Di Sana [Video]

Kongsi Gaji Lumayan Di Singapura Jadi Trend, Rupanya Ramai Rakyat Malaysia Ingin Kerja Di Sana [Video]

Menerusi trend tersebut, kebanyakan mereka akan menunjukkan gaji yang diterima menerusi nilai SGD dan menukarkannya kepada Ringgit Malaysia (MYR) setelah dikumpul beberapa bulan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, gaji merupakan antara faktor utama yang dititik beratkan oleh setiap pekerja selain daripada persekitaran tempat kerja yang baik dan ‘workload’ yang tidak keterlaluan.

Malah, ada juga individu-individu yang hanya mengutamakan soal gaji sehingga terpaksa mengetepikan perkara lain seperti jarak perjalanan yang harus ditempoh setiap hari atau suasana kerja.

Trend pejuang dolar Singapura sedang popular, raih perhatian ramai

Seperti ketika ini, trend pejuang dolar Singapura (SGD) atau ‘#RunSGD’ sedang popular di laman media sosial, TikTok yang menunjukkan betapa ramai rakyat Malaysia bekerja di republik itu kerana nilai mata wang yang lebih tinggi berbanding Ringgit Malaysia.

Menerusi trend tersebut, kebanyakan mereka akan menunjukkan gaji yang diterima menerusi nilai SGD dan menukarkannya kepada Ringgit Malaysia (MYR) setelah dikumpul beberapa bulan.

Gaji bersih terkumpul dalam 2 atau 3 bulan boleh cecah puluhan ribu ringgit

Sememangnya jelas, dengan hanya bekerja sekitar dua atau tiga bulan sahaja, gaji bersih terkumpul boleh mencecah belasan dan puluhan ribu ringgit.

Maka tidak hairanlah sekiranya golongan sebegini sanggup bersusah payah meredah apa jua demi meraih pendapatan yang lumayan. Ia sekali gus membuktikan bahawa kebanyakan rakyat di negara ini sebenarnya rajin dalam mencari rezeki.

Rupanya ramai rakyat Malaysia yang teringin kerja di Singapura sebab gaji besar

Apa yang lebih menarik perhatian kami adalah setiap komen-komen yang diberikan di dalam video-video trend sebegini menunjukkan ramai rakyat Malaysia yang turut berminat dan ingin bekerja di negara jiran itu kerana gaji yang lumayan.

Ramai orang yang bertanya bagaimana cara untuk memohon kerja di sana dan apakah tips atau persiapan yang perlu dilakukan.

Tidak kurang juga segelintir individu yang meluahkan sehingga kini mereka masih berjuang untuk mendapatkan pekerjaan di sana.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.