fbpx
Now Reading
Proton Perkenal Jenama & Logo Kereta EV Pertama ‘Proton e.MAS’

Proton Perkenal Jenama & Logo Kereta EV Pertama ‘Proton e.MAS’

Nama Proton e.MAS ini dipilih melalui peraduan teka nama bagi jenama EV Proton tersebut yang diadakan pada baru-baru ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam pertumbuhan pesat teknologi di dunia pada masa ini, tidak dinafikan penggunakan kenderaan elektrik (EV) semakin mendapat tempat di hati ramai pengguna terutama yang menginginkan kelestarian alam sekitar.

Pelbagai jenama automotif daripada seluruh dunia telah mencipta kenderaan elektrik untuk memenuhi kehendak pengguna yang mementingkan kereta tanpa menggunakan bahan api.

Proton dedah nama dan logo jenama kereta EV

Proton juga dilihat tidak ketinggalan apabila syarikat automotif nasional itu hari ini (12 Jun) telah mendedahkan nama dan logo baharu bagi jenama kereta elektrik keluaran mereka nanti.

Menerusi majlis ‘The Start of Something Electrifying’ yang diadakan di PROTON Centre of Excellence, Subang Jaya sebentar tadi, Proton mengumumkan nama baharu bagi jenama EV mereka iaitu Proton e.Mas.

Proton turut memperkenalkan logo rasmi bagi Proton e.MAS ini, yang diambil daripada logo asal iaitu lambang kepala harimau namun bentuknya lebih ringkas.

Model pertama Proton e.MAS akan diperkenalkan hujung tahun ini

Pada masa sama, Proton turut mengumumkan yang model pertama Proton e.MAS akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini juga.

Untuk info, nama Proton e.MAS ini dipilih melalui peraduan teka nama bagi jenama EV Proton tersebut yang diadakan pada baru-baru ini.

Selain itu, nama Proton eMas ini juga pernah digunakan oleh syarikat terbabit sekitar tahun 2010 dahulu bagi kereta konsepnya.

[Artikel lanjut menyusul]
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.