fbpx

Siap Melambai Gembira, Cikgu Tak Sampai Hati Beritahu 3 Beradik Si Bapa Sudah Meninggal Dunia [Video]

Menerusi video, Cikgu Ain memaklumkan bapa kepada tiga beradik itu telah meninggal dunia kerana serangan jantung.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berita tentang kematian khususnya melibatkan insan tersayang seperti ibu mahupun ayah merupakan antara perkara yang sukar untuk disampaikan.

Apatah lagi jika berita itu ingin disampaikan kepada kanak-kanak. Ini kerana, dalam menyampaikan berita yang sedih kita juga ingin menjaga mental dan emosi mereka agar tidak terganggu dengan berita tersebut.

Guru tak sampai hati beritahu 3 pelajar ayah sudah tiada

Perkara sama turut dirasakan oleh seorang guru wanita di sebuah sekolah rendah yang tidak sampai hati untuk memaklumkan kepada tiga pelajarnya tentang berita kematian bapa mereka.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Cikgu Ain di TikTok, kelihatan seorang pelajar perempuan dan dua lelaki yang juga adik-beradik sedang melambai kegembiraan di tepi koridor apabila diminta untuk mengemas beg kerana urusan keluarga.

Tersenyum gembira sebelum pulang

Malah turut kelihatan salah seorang darinya melompat dan tersenyum gembira mungkin kerana memikirkan dapat pulang awal.

“Masa ni adik-beradik ni diberitahu oleh cikgu, supaya kemas beg sebab ada urusan keluarga. Sebenarnya, ayah murid-murid ni baru sahaja meninggal dunia kerana serangan jantung.

“Mohon sedekahkan al-Fatihah buat ayah kepada anak murid Cikgu Ain.. Salam takziah,” tulisnya dalam video itu.

Menangis selepas ibu saudara beritahu ayah meninggal dunia

Di ruang kapsyen Cikgu Ain memaklumkan dia tidak sampai hati untuk memaklumkan berita sedih itu kepada anak muridnya.

Namun sebaik mengetahui khabar duka itu dari ibu saudara, mereka lantas meraung dan menangis.

“Ya Allah kau berikan kekuatan buat anak murid Cikgu Ain.. Azalea dan adik-beradiknya,” katanya lagi.

@cikguaincomey

Cikgu pun x sampai hati nk beritahu perkara sebenar.. Sehingga ada makcik murid ni yg dtg ambil.. Baru lah tahu perkara sebenar, meraung menagus.. Ya allah kau berikan kekuatab buat anak murid cikgu ain.. Azalea dan adik beradiknya😭

♬ Bila Tiba – UNGU

Ibu pelajar kongsi detik ketika bapa pelajar dikebumikan

Di ruangan komen, seorang wanita memaklumkan pelajar itu adalah anaknya. Malah menerusi carian kami di akaun TikTok, wanita berkenaan dia turut memuat naik detik akhir ketika arwah suami dikebumikan.

Dalam video itu turut kelihatan tiga beradik itu sayu memerhati saat ayah mereka disemadikan pada 7Jun lalu .

Ramai tersentuh lihat reaksi 3 pelajar

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai pengguna di TikTok yang tersentuh melihat reaksi mereka.

Malah ada juga yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah berdepan dengan situasi sama.

“Bab keluarga meninggal ni kawan sebelah pernah alami, pengawas yang datang bagi tahu pun tak ada lembut-lembut. Terus sebut nama, ayah mu meninggal digilis lori”

“Paklang datang ambil, tapi aku boleh kayuh basikal sendiri balik rumah. Fikiran bercerlaru fikir tok dah tak ada. Aku nak hidup dengan siapa, dari bayi tok yang jaga…”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.