Wanita Kesal, Adik Lelaki Hilang Rupanya Kena Tahan AADK Atas Alasan ‘Mencurigakan’
Dakwa Syaida, kedua-dua anggota berkenaan tidak memperkenalkan diri sebagai pegawai AADK ketika meminta kad pengenalan (IC) adiknya sebaliknya hanya berbuat demikian selepas si adik digari.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baca di sini: Tular Dakwaan Pemuda Ditangkap Atas Alasan ‘Mencurigakan’, Ini Penjelasan AADK
Semalam (11 Jun) tular di media sosial mengenai hantaran seorang pengguna Facebook, Syaida Ilmuna mengenai kehilangan adik lelakinya.
Kehilangan itu dimaklumkan oleh ibu Syaida yang menanti kepulangan si adik dari tempat kerja pada petang semalam.
Difahamkan, kali terakhir pemuda itu menghubungi ibunya pada kira-kira jam 5.30 petang. Namun selepas itu, adiknya gagal dihubungi.
Risau dengan keadaan adik lelakinya itu, Syaida yang juga seorang penulis memohon kerjasama pengguna media sosial untuk membantu mereka sekeluarga mencari adiknya yang hilang itu.
Hantaran tersebut turut dikongsikan olehnya menerusi aplikasi X dan tular diplatform berkenaan hingga mendapat perhatian daripada RapidKL untuk menjejaki adiknya.
Salam semua. Saya nak mohon bantuan netizen di sini untuk sebarkan posting ini. Adik saya, Muhammad Daanish Ismail…
Posted by Syaida Ilmuna on Tuesday 11 June 2024
Terima kasih semua yang repost posting saya dan reply comments dekat posting tu. Saya nak minta maaf sangat sebab tak…
Posted by Syaida Ilmuna on Tuesday 11 June 2024
Adik Telah Selamat Dijumpai, Dakwa Ditahan AADK
Namun tidak sampai 24 jam, Syaida menerusi hantaran terbaharu di Facebook dan X memaklumkan bahawa adiknya telah selamat dijumpai.
Menerusi perkongsiannya di aplikasi X, dia berkongsi kisah kehilangan adiknya yang berusia 22 tahun itu.
Hi gais. So i will be deleting the post regarding pencarian adik saya tu sebab dia telah dijumpai.
— Syaida Ilmuna 🇲🇾 (@syaidailmuna) June 12, 2024
Dekat bawah saya akan bagi details regarding what actually happened to him. Tujuan saya tweet ni bukan nak salahkan mana-mana pihak tetapi nakkan keadilan buat adik saya.
Dakwa Adik Ditahan Pegawai AADK
Dakwa Syaida, adiknya telah ditahan berhampiran sebuah stesen MRT dan dibawa ke lokap Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Cheras selepas didatangi oleh dua individu yang dipercayai pegawai daripada agensi tersebut.
Dakwanya lagi, kedua-dua pegawai berkenaan tidak memperkenalkan diri dan meminta kad pengenalan (IC) daripada adiknya yang pada ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.
Namun, berlaku pergelutan sehingga adiknya cedera ditangan dan kemudiannya dimasukkan ke dalam van putih sebelum dibawa ke lokap.
Adik saya cedera di tangan ketika bergelut dan dimasukkan ke dalam van. Dia dibawa ke lokap AADK di Cheras. Di sana mereka tak bagi dia contact family, duduk bercampur dengan penagih dalam satu sel pic.twitter.com/FXSlQytMGJ
— Syaida Ilmuna 🇲🇾 (@syaidailmuna) June 12, 2024
Dakwa Syaida lagi, pegawai berkenaan hanya memperkenalkan diri setelah adiknya digari.
Apa yang lebih mengejutkan, dia mendakwa alasan yang digunakan untuk menahan adiknya ‘kerana berada dalam keadaan mencurigakan’.
Dorang bagi reason tangkap sebab adik saya nampak mencurigakan. Like??? Orang nak balik kerja pulak time tu
— Syaida Ilmuna 🇲🇾 (@syaidailmuna) June 12, 2024
Tidak Boleh Hubungi Keluarga Ketika Ditahan
Dakwa Syaida, adiknya tidak dibenarkan menghubungi ahli keluarga ketika ditahan.
Walau bagaimanapun, pemuda itu telah dilepaskan pada pagi tadi (12 Jun) bersama empat orang lain yang turut ditahan selepas hasil ujian air kencing menunjukkan keputusan negatif.
Malah ketika ditahan, dia mendakwa adiknya ditempatkan dalam satu sel bersama dengan penagih dadah yang lain.
Kesal dengan tindakan pegawai yang dipercayai AADK terhadap adiknya itu, Syaida meluahkan rasa kecewa dan menganggap ia sebagai satu perbuatan yang kejam.
“Perbuatan ini bagi saya sangatlah kejam sebab memberi kerisauan keluarga. Sebaiknya beri kelonggaran untuk maklum kepada keluarga. Bila jadi macam ni, keluarga tak tahu nak cari siapa dan di mana,” ciapnya.
Dakwa Langgar SOP
Malah, dia turut mempersoalkan cara penahanan agensi itu yang dilihat tidak mengikut prosedur rasmi yang ditetapkan.
“Maybe korang boleh suggest apa yang kami boleh buat untuk laporkan hal ini kepada pihak berkuasa. Adik saya mengalami trauma dan AADK jelas melanggar SOP (kerana tidak maklumkan penahanan kepada keluarga),” ciapnya.
Maybe korang boleh suggest apa yang kami boleh buat untuk laporkan hal inj kepada pihak berkuasa. Adik saya mengalami trauma dan AADK jelas melanggar SOP (tak maklumkan keluarga) pic.twitter.com/LgoCBUDyRZ
— Syaida Ilmuna 🇲🇾 (@syaidailmuna) June 12, 2024
[Kemaskini] Pegawai bertugas ikut SOP yang ditetapkan – AADK
[Kemaskini] AADK sudah pun memberi balas berhubung perkata itu. Unit Media dan Komunikasi Korporat agensi berkenaan berkata, pegawai dari AADK Cheras yang terlibat dalam insiden tersebut telah mengikut SOP penahanan yang betul iaitu memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa.Menurut AADK, satu Op Pengesanan Perdana dilaksanakan AADK Daerah Cheras atas maklumat penagihan dan aktiviti penagihan penyalahgunaan dadah di Jalan Jejaka 4, Taman Maluri, Kuala Lumpur.
“Dalam tindakan pengesanan Orang Yang Disyaki (OYDS) di kawasan itu, AADK Daerah Cheras telah menahan seorang individu yang diklasifikasikan sebagai OYDS dengan SOP yang betul iaitu memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa AADK.
“Pun begitu, ketika penahanan OYDS itu dilakukan, terdapat seseorang yang berada di lokasi yang sama dalam keadaaan yang mencurigakan dan apabila pegawai AADK cuba mendekati individu tersebut dan memperkenalkan diri sebagai pegawai AADK, dia bagaimanapun bertindak melarikan diri.
Baca selanjutnya di sini:
Baca Artikel Berkaitan: 4 Sekeluarga Dilapor Hilang, Kini Selamat Pulang Ke Kluang
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Mabuk Sertai Misi Cari Orang Hilang, Tak Sedar Rupanya Yang Hilang Adalah Diri Sendiri