fbpx
Now Reading
Cermin Kereta Pecah Akibat Kerja Baik Pulih Jalan? Ini Langkah Tuntut Ganti Rugi Yang Anda Boleh Buat

Cermin Kereta Pecah Akibat Kerja Baik Pulih Jalan? Ini Langkah Tuntut Ganti Rugi Yang Anda Boleh Buat

Antara cabaran yang berkemungkinan akan dihadapi adalah apabila pihak kontraktor terbabit tidak ingin memberi kerjasama atau enggan mengakui kesilapan pihaknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Cermin kereta pecah atau retak merupakan antara perkara biasa yang dilalui oleh setiap pemilik kereta meskipun perkara tersebut berlaku bukanlah atas kesalahan sendiri.

Tidak dinafikan, terkadang sesebuah cermin kereta boleh retak akibat terkena serpihan batu yang terpelanting di atas jalan raya atau disebabkan oleh kesalahan pekerja baik pulih jalan raya.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan cermin sebuah kereta mengalami keretakan selepas terkena serpihan batu daripada kerja pemotongan rumput.

Susulan itu, seorang individu telah berkongsi langkah yang harus dilakukan sekiranya perkara sedemikian berlaku menerusi bebenang di akaun X miliknya @aliffshanusi.

Langkah 1: Berhenti di kawasan selamat & jumpa kontraktor untuk minta segala maklumat

Langkah pertama yang harus dilakukan adalah berhentikan kenderaan di tempat yang selamat dan berjumpa dengan kontraktor serta dapatkan nombor telefon, nama dan pendaftaran syarikat serta nombor projek jika ada.

“Setiap projek biasanya dilengkapi dengan insurans atau takaful am. Pihak berkuasa tempatan mewajibkan mana-mana syarikat yang ingin masuk tender mesin rumput mesti mempunyai insurans jika berlaku kemalangan yang tidak diingini,” ciapnya.

Langkah 2: Buat laporan polis

Langkah kedua, pemilik kenderaan haruslah segera membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam.

Laporan polis yang dibuat itu hendaklah menyatakan nama pemotong rumput (jika ada kad pengenalan lebih baik), nama syarikat dan alamat, tarikh dan masa kejadian.

Selain itu, di dalam laporan sama perlu juga disertakan dengan nama jalan ketika kejadian berlaku serta bukti gambar dan video (dashcam).

Langkah 3: Hubungi pihak insurans atau takaful dan tuntut ganti rugi

Langkah ketiga atau yang terakhir adalah menghubungi pihak takaful atau insurans untuk mengetahui bengkel yang boleh dihantar bagi membaiki cermin tersebut.

Tuntut ganti rugi dengan menggunakan insurans atau takaful pihak kontraktor berkenaan.

Perlu diingatkan, antara cabaran yang berkemungkinan akan dihadapi adalah apabila pihak kontraktor terbabit tidak ingin memberi kerjasama atau enggan mengakui kesilapan pihaknya.

Bagi kes tersebut, apa yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan insurans tersendiri (sekiranya mengambil perlindungan cermin kereta) untuk membaiki cermin terbabit.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.