fbpx
Now Reading
“Ingat Silap masuk” – Lelaki Teruja Lihat Pejabat Pos Di Temerloh Macam ‘Convenience Store’ [Video]

“Ingat Silap masuk” – Lelaki Teruja Lihat Pejabat Pos Di Temerloh Macam ‘Convenience Store’ [Video]

Dalam video tersebut, kelihatan pejabat pos terbabit menjual pelabagai jenais makanan dan minuman serta aiskrim sama seperti Family Mart dan CU Mart.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan pejabat urusan atau kaunter perkhidmatan kerajaan mahupun swasta akan mempunyai reka bentuk dan susun atur yang kelihatan sama.

Jika anda teliti, pasti akan melihat ruangan menunggu dengan susunan barisan kerusi untuk para pelanggan duduk dan meja-meja kaunter berada di hadapannya.

Tular Pejabat Pos macam convenience store

Pun begitu, lain pula dengan kaunter perkhidmatan di sebuah pejabat pos ini apabila tular di media sosial kelihatan seperti sebuah kedai serbaneka (convenience store).

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @mhdaimanhakimii, perkara itu dikongsikan oleh pengguna media sosial terbabit yang mengakui dirinya juga terkejut apabila kali pertama melihatnya.

Pelanggan sangka salah masuk kedai, rupanya memang pejabat pos

Menurutnya, dia juga pada mulanya menyangka telah tersilap memasuki kedai lain namun apabila diperiksa dengan teliti, ternyata tempat itu sememangnya pejabat pos.

Difahamkan, pejabat pos yang mempunyai kedai serbaneka itu terletak di Temerloh, Pahang.

Dalam video tersebut, kelihatan pejabat pos terbabit menjual pelbagai jenis makanan dan minuman serta aiskrim sama seperti Family Mart dan CU Mart.

“Ingat silap masuk, keluar balik tengok. Betul dah rasanya Pejabat Pos Temerloh,” tulisnya di dalam video.

Netizen teruja lihat pejabat pos seperti mini mart

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut terkejut melihat pejabat pos terbabit yang sangat berbeza dengan kebiasaan kaunter perkhidmatan dilihat mereka.

Tidak hanya itu, ada juga yang berpendapat bahawa klinik-klinik kerajaan mahupun swasta seharusnya melakukan perkara sama dengan menyediakan pelbagai makanan dan minuman yang boleh dibeli.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.