![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/06/pengawal-keselamatan.jpg)
‘Pak Guard’ Mahir Main Piano Di Perpustakaan Bikin Ramai Terkesima [Video]
Menurut Umairah dalam video tersebut, pengawal keselamatan berkenaan belajar bermain piano sendiri menerusi YouTube.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui bermain alat muzik bukanlah suatu perkara yang mudah. Malah segelintir darinya perlu menghadiri kelas khas untuk belajar lebih lanjut mengenai sesuatu alat permainan yang ingin dimainkan.
Sebagai contoh, sebelum seseorang yang ingin belajar tentang alat muzik perlulah mengenali simbol-simbol ‘note’ terlebih dahulu.
Namun tak dinafikan ada juga yang mengambil inisiatif untuk belajar sendiri menerusi video atau rakan-rakan atas beberapa faktor seperti kekangan duit, masa dan sebagainya.
Pengawal keselamatan mahir main piano
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang pemuda yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Perpustakaan Awam Shah Alam sedang bermain piano.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Umairah Bajrai, awalnya kelihatan lelaki lengkap memakai uniform pengawal keselamatan itu telah duduk di sebuah kerusi untuk bermain piano yang disediakan di perpustakaan berkenaan.
Kelihatan jari-jemari begitu mahir sewaktu memainkan lagu
Malah turut kelihatan jari-jemarinya menari dengan lancar sewaktu memainkan lagu Golden Hour dengan mengunakan kedua-dua belah tangan.
Selain itu, dia juga dilihat begitu mahir sewaktu menukar tangannya ke ‘note’ yang lain.
Menurut Umairah dalam video tersebut pengawal keselamatan itu mempelajari cara bermain piano dengan sendiri menerusi aplikasi YouTube.
Ramai teruja lihat lelaki main piano dan belajar dari YouTube
Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja dan juga ada yang tidak percaya pemuda itu mempelajarinya menerusi YouTube memandangkan ia menggunakan kedua belah tangan untuk memainkan lagu berkenaan.
Ada juga yang mengatakan lelaki berkenaan sememangnya pandai bermain piano sejak dari dahulu lagi.
“Orang yang pandai main piano ni dia pandai tau”
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/06/pengawal-keselamatan-1.jpg)
“Nak beli mahal, tapi minat dah lama dah. Tak ada ke orang nak sedekah benda ni, nak belajar main ni”
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/06/Pengawal-keselamatan-2.jpg)
“Tajam betul observation kalau gitu”
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2024/06/pengawal-keselamatan-3.jpg)