fbpx
Now Reading
“Tak Lawak Wey!” – Badan Anjing Dicat Seakan Harimau Belang, Ramai Luah Rasa Simpati [Video]

“Tak Lawak Wey!” – Badan Anjing Dicat Seakan Harimau Belang, Ramai Luah Rasa Simpati [Video]

Difahamkan, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Vietnam dan bukannya Malaysia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan seekor anjing yang dipercayai sengaja dicat oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @nghiemtuc.girl, kelihatan jalur cat berwarna hitam memenuhi badan haiwan terbabit.

Anjing dicat jalur hitam seakan harimau belang

Jalur berwarna hitam itu sengaja dicat pada badan anjing berkenaan agar ia kelihatan seperti bulu harimau belang.

Tidak hanya itu, bahagian muka, kaki dan ekor haiwan malang itu juga diwarnakan dengan jalur-jalur hitam.

Difahamkan, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Vietnam dan bukannya Malaysia.

Video penuh tekan di sini.

Pun begitu, kejadian serupa juga pernah berlaku di negara ini sekitar tahun 2019 yang lalu apabila tular beberapa video dan gambar yang menunjukkan seekor anjing sengaga dicat berwarna hijau dan seekor kucing dicat berwarna biru.

Baca Artikel Berkaitan: Melampau! Trend Cat Haiwan Terbiar Semakin Tak Terkawal

Orang ramai kasihan dan simpati dengan nasib anjing tersebut

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa kasihan dan simpati dengan nasib haiwan terbabit.

Malah, mereka turut menyatakan perbuatan sedemikian bukanlah sesuatu yang boleh dianggap lawak kerana ia disifatkan sebagai penganiayaan terhadap haiwan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.