fbpx

Baru Sahaja Kembali, Ustaz Don ‘Direhatkan Terus’ Dari Program Salam Baitullah

Difahamkan, Ustaz Don tidak akan lagi bersiaran untuk baki empat episod program Salam Baitullah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru sahaja menyambung kembali khidmatnya sebagai pengacara Program Salam Baitullah terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), pendakwah bebas Ustaz Don Daniyal Don Bijayid sekali lagi menjadi bualan apabila dia kini direhatkan terus dari program tersebut.

Pemberhentian itu diumumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Datuk Suhaimi Sulaiman menerusi ciapan di akaun X miliknya petang tadi.

Beri Bayangan Kecewa Dengan Tindakan Ustaz Don

Menerusi ciapannya di platform X, Suhaimi memberi bayangan seolah-olah kecewa dengan tindakan penceramah itu.

“Bila bagi peluang, ‘consult authority’ dan ahli agama, ‘remind’ apa yang boleh cakap dan apa yang tak boleh, kenalah pandai ‘anticipate response from viewers’.

“Wisdom kena ada, kawalan diri kena mantap. Don’t play victim. So sorry have to rest you. Maaf semua, hang in there team,” tulisnya.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, rata-rata pengguna media sosial dapat mengaitkan ciapan tersebut dengan Ustaz Don.

Ustaz Don Sepatutnya Ikut Garis Panduan

Ianya terjawab selepas Suhaimi memaklumkan perkara tersebut kepada Malaysia Kini.

Memetik Malaysia Kini, Suhaimi menjelaskan Ustaz Don yang juga lulusan Universiti Al-Azhar seharusnya mengikut garis panduan yang ditetapkan.

“Apa yang kami dah beritahu untuk dibuat dan tidak dibuat. Kami dah beri peluang, dan berunding dengan pihak agamawan tapi dia tak ikut.

“Kita tak terima dia untuk on air (bersiaran) lagi. Untuk baki episod Salam Baitullah akan datang dia takkan ada dah,” katanya.

Direhat Kerana Keluar Kenyataan Yang Didakwa Bersumberkan Hadis Tidak Diketahui Sanadnya

Difahamkan, Ustaz Don direhatkan terus dari program berkenaan ekoran dakwaannya yang diragui mengenai kelebihan memandang guru hingga mencetuskan kecaman, lapor Harian Metro.

Menerusi siaran program berkenaan, penceramah itu menyebut ‘memandang kepada wajah guru lebih baik daripada menyedekahkan 1,000 kuda ke jalan Allah’.

Ia kemudiannya dibangkitkan oleh Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Dr Rozaimi Ramle (Dr Rora), dan Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Hapiz Mahaiyadin kerana tidak bersumber dan diketahui sanadnya.

Tambah Rozaimi, RTM khususnya tidak sepatutnya terburu-buru dalam mengembalikan Don Daniyal daripada berehat.

“Saya ucapkan tahniah kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, kerana komited bertindak sehingga keputusan merehatkan terus Don Daniyal dari program Salam Baitullah dikeluarkan.

“Ketua Pengarah Penyiaran pula jangan cepat berubah dalam membuat keputusan. Sepatutnya, dia harus menilai dulu impak Don Daniyal kepada masyarakat,” katanya.

Untuk tabayyun saya perlu tanya, ulama mana dan kitab mana yang sebut fadhilat begini? Saya ada jumpa lafaznya tetapi saya tidak menjumpai sanadnya. Saudara Don mungkin boleh bantu kerana beliau yang kongsi kisah ini secara terbuka. Saya hanya bertanya. Dikhabarkan ini siaran RTM. Dr Rozaimi Ramle

Posted by Dr Rozaimi Ramle on Thursday 13 June 2024

Terdahulu, Ustaz Don direhatkan ‘sementara’ daripada progam tersebut susulan kenyataan beliau mengenai kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang didakwa pernah melamar seorang wanita sebanyak tiga kali dan merupakan cinta pertama Baginda.

Kenyataan itu nyata mencetuskan perdebatan hangat di media sosial hingga dia direhatkan sementara daripada program tersebut.

Malah, Ustaz Don turut dipanggil oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) pada 11 Jun lalu yang turut disertai wakil daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Kementerian Dalam Negeri dan Ustaz Fawwaz Fadhil.

Baca Artikel Berkaitan: Ustaz Don ‘Direhatkan’ Daripada Program Salam Baitullah Di RTM – Suhaimi Sulaiman

Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Stesen TV Swasta” – Bos RTM Nafi Dakwaan Sengaja Cipta Kontroversi Ustaz Don Untuk Naikkan Rating

Baca Artikel Berkaitan: “Namun, Ungkapan ‘First Love’ Kurang Sesuai” – Majlis Akademik Islami Jelas Ustaz Don Tidak Langgar Syarat Tauliah

Baca Artikel Berkaitan: Tular Isu Kisah Nabi, JAKIM Akan Dapatkan Penjelasan Ustaz Don

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.