“Bukan Stesen TV Swasta” – Bos RTM Nafi Dakwaan Sengaja Cipta Kontroversi Ustaz Don Untuk Naikkan Rating
Jelas Suhaimi, Ustaz Don akan meneruskan kembali tugasnya dalam program Salam Baitullah selepas perjumpaan beliau dengan pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) telah diadakan pada Selasa (11 Jun) lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada awal Jun lalu, antara kontroversi hangat yang menjadi bualan pengguna media sosial adalah mengenai isu pendakwah dan penceramah bebas terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Bijayid.
Kenyataan Ustaz Don berhubung kisah hidup Nabi Muhammad SAW menjadi bualan hangat apabila dia mendakwa Baginda pernah melamar seorang wanita yang dikenali sebagai Ummu Hani sebanyak tiga kali dan merupakan cinta pertama Rasulullah.
Kenyataannya itu mencetuskan perdebatan dan pertikaian di media sosial hingga Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Datuk Suhaimi Sulaiman mengambil langkah untuk merehatkan Ustaz Don dari program Salam Baitullah terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Namun, tindakan Suhaimi itu dianggap sengaja mencipta kontroversi oleh sesetengah pihak yang mendakwa ia hanya sekadar mahu naikkan rating program tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Ustaz Don ‘Direhatkan’ Daripada Program Salam Baitullah Di RTM – Suhaimi Sulaiman
Bukan Sengaja Cipta Kontroversi Untuk Naikkan Rating
Menolak dakwaan itu, Suhaimi menjelaskan RTM merupakan jenama milik kerajaan yang tidak pernah memikirkan tentang rating atau jumlah tontonan.
“Kita bukan syarikat swasta. Kita jenama atau stesen penyiaran awam milik kerajaan Malaysia. Saya sebagai penjaga jenama harus bertindak pantas sekiranya ada sebarang isu terjadi.
“Kejar rating tidak pernah ada dalam kamus jenama RTM. Dan, kita tidak pernah berniat untuk mengambil kesempatan daripada kesusahan yang melanda orang lain,” katanya.
Ustaz Don Kembali Bertugas Selepas Perbincangan Dengan Pihak JAKIM
Tambah Suhaimi, pendakwah itu akan meneruskan kembali tugasnya dalam program Salam Baitullah selepas perjumpaan Ustaz Don dengan pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) telah diadakan pada Selasa (11 Jun) lalu.
“Macam saya cakap sebelum ini, saya rehatkan Ustaz Don kerana tidak mahu orang saling berbalah.
“Selepas berjumpa dengan JAKIM dan Ustaz Don pun mengakui khilafnya, kita ‘move on’. Tiada manusia dalam dunia ini yang terlepas daripada melakukan kesilapan.
“Jadi, Ustaz Don boleh menjalankan tugasnya dalam program seperti biasa cumanya, saya nasihatkan kepada semua orang (bukan Ustaz Don sahaja) agar berhati-hati dalam berbicara agar kesilapan lama tidak berulang,” ujarnya lagi.
Malah, Suhaimi turut memberi jaminan bahawa pihaknya akan memastikan segala program yang disiarkan di stesen tersebut mengikut peraturan dan garis panduan sedia ada.
Terdahulu, kenyataan penceramah itu sebelum ini turut mendapat perhatian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan hingga mereka mengeluarkan penjelasan mengenai kisah Ummu Hani.
Susulan daripada itu juga, Ustaz Don telah dipanggil JAKIM dalam satu pertemuan pada Selasa (11 Jun) yang lalu yang turut disertai wakil daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Kementerian Dalam Negeri dan Ustaz Fawwaz Fadhil.
Baca Artikel Berkaitan: “Namun, Ungkapan ‘First Love’ Kurang Sesuai” – Majlis Akademik Islami Jelas Ustaz Don Tidak Langgar Syarat Tauliah
Baca Artikel Berkaitan: Tular Isu Kisah Nabi, JAKIM Akan Dapatkan Penjelasan Ustaz Don
Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Kisah Ummu Hani’ Cinta Pertama Nabi Muhammad SAW? Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP