Jualan Tak Laris, Atuk & Nenek Niaga Bantal Kekabu Sampai Ke Tengahari Raih Perhatian [Video]
Menurut wanita dikenali sebagai ReezMell, pasangan warga emas itu berniaga sekitar Restoran Sate 7 Pagi di Taman Sri Serdang, Seri Kembangan di Selangor.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui, setiap rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada hambanya adalah berbeza. Ada individu hidup dengan keadaan senang, ada juga yang sedang dalam kesempitan.
Seperti satu peribahasa yang berbunyi kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang. Walaupun usia sudah semakin lanjut, namun golongan tersebut tiada pilihan lain selain keluar mencari sesuap nasi.
Tidak kiralah cabaran apa yang dilalui, mereka akan berusaha juga untuk bekerja bagi menampung kos sara hidup.
Baca Artikel Berkaitan: “Hadiah Paling Bermakna” – Warga Emas Titip Doa Buat Pelanggan Borong Semua Aiskrim Dijualnya
Jualan Bantal Kekabu Oleh Pasangan Warga Emas Tidak Laku
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@reezmell), menyaksikan pasangan warga emas sedang berniaga di kereta mereka.
Menerusi klip video tersebut, kelihatan bantal kekabu yang dijual diletakkan atas bumbung kereta sebagai pameran buat para pembeli.
Menurut wanita dikenali sebagai ReezMell, pakcik dan makcik itu mula menjual bantal kekabu seawal 7 pagi pada setiap hari berhadapan dengan Restoran Sate 7 Pagi di Taman Sri Serdang, Seri Kembangan di Selangor.
Namun perkara yang mengundang sebak adalah tiada satu biji bantal pun yang terjual walaupun sudah menjelang tengahari. Dalam keadaan cuaca panas di Malaysia ini, memang tidak boleh bayangkan cabaran dilalui oleh pasangan berkenaan.
Tambah pula keadaan pakcik yang tidak berapa mengizinkan di mana dia menggunakan tongkat untuk bergerak.
Harap Orang Ramai Boleh Sama-sama Membantu
Berasa kesian dengan jualan bantal kekabu yang tidak laku, ReezMell meminta orang ramai untuk sama-sama menyokong perniagaan pakcik tersebut.
Jom netizen gunakan kuasa (viral) lariskan bantal kekabu jualan makcik dan pakcik ni. Hanya RM30 sebijik. Moga kita juga sentiasa dimurahkan rezeki dalam berkongsi rezeki.
ReezMell.
Orang Ramai Luah Sebak Lihat Warga Emas Berniaga Walau Sudah Lanjut Usia
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat memuji warga emas tersebut kerana berusaha mencari rezeki dan bukan sekadar meminta.
“The fact that mereka usaha untuk meniaga dan bukan meminta. Ya Allah permudahkan urusan pakcik makcik ni dan lancarkan rezeki mereka,” kata seorang pengguna TikTok.
Ada juga yang berasa sebak melihat warga emas tersebut berniaga walaupun usia sudah lanjut.
“Aku tak boleh tengok orang tua masih cari duit dengan keadaan macam ni. Memang basah pipi,” jelas seorang wanita.
Sementara itu, ada juga yang berkata mereka telah menyokong pasangan warga emas tersebut dengan membeli bantal dijual.
“Saya dah beli bantal dari pakcik ni. Beli empat terus. Memang best bantal kekabu dia,” ujar seorang lelaki.
Allah Beri Ganjaran Pahala Buat Manusia Yang Bersedekah
Semoga perkongsian ini boleh dijadikan satu inspirasi kepada orang ramai untuk tidak berkira memberikan bantuan dan menghulurkan kebaikan kepada semua manusia yang memerlukan di luar sana.
Insya-Allah, satu hari nanti Tuhan Yang Maha Esa bakal membalas dengan ganjaran pahala pula. Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا”
Maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.”
[Riwayat Muslim]
Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Tumpangkan Warga Emas Naik Motosikal, Aksi Anggota Polis Raih Sijil Penghargaan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gadis Sebak Bagi Nasi & Air Kepada Pakcik Tua Sambil Lihat Keadaannya