“Lama Mengidam” – Ibu Hamil Menangis Lepas Berjaya Beli Karipap Kambing Penjara [Video]
Difahamkan, karipap kambing itu sukar diperolehi kerana permintaan yang tinggi dan hanya dijual di Penjara Kajang sahaja.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Mengidam lazimnya sinonim dengan wanita hamil. Ia merujuk kepada keinginan untuk makan, merasai atau memiliki sesuatu yang berbeza dari kebiasaan.
Bagi kebanyakan orang, ada yang menganggap permintaan ibu hamil yang mengidam ini perlu ditunaikan kerana ia didakwa sebenarnya merupakan keinginan bayi dalam kandungan.
Oleh sebab itu, rata-rata suami atau ibu mengandung itu sendiri akan berusaha untuk memenuhi permintaan tersebut.
Pencarian Karipap Tidak Kesampaian Kerana Kedai Tutup Pada Hari Pertama
Menerusi perkongsian di akaun TikTok @ashfazieraa, wanita berkenaan berkongsi momen di mana dia berjaya mendapatkan karipap kambing Penjara Kajang setelah tiga hari datang ke lokasi itu.
Apa yang menjadi perhatian adalah ibu hamil itu menangis ketika berjaya mendapat karipap kambing viral berkenaan.
Siapa yang tahu kisah Karipap Kambing di Penjara?
Posted by Jabatan Penjara Malaysia on Thursday 18 November 2021
Menceritakan kisah tersebut, dia dan suami telah datang ke Penjara Kajang pada 9 Jun bagi mendapatkan karipap yang popular itu.
“Lama dah mummy mengidam nak makan karipap kambing. Daddy (suami) kata dia balik baru kita pergi beli.
“Jadi hari ni mummy pergi Penjara Kajang untuk dapatkan karipap kambing tu,” tulisnya menerusi video itu.
Namun, kedatangannya pada hari pertama hampa kerana kedai menjual karipap yang dikenali sebagai Prismart itu telah tutup ketika dia sampai ke penjara pada jam empat petang.
Karipap Kambing Habis Pada Hari Kedua
Keesokan harinya, dia datang semula ke Penjara Kajang pada jam 12 tengah hari dengan harapan mahu membeli karipap berkenaan.
Malangnya, karipap kambing itu telah habis. Bahkan, karipap yang lain juga turut kehabisan stok.
Berjaya Dapatkan Karipap Pada Hari Ketiga Dengan Bantuan Pegawai Penjara
Tidak mudah menyerah, wanita itu sekali lagi datang semula ke Penjara Kajang pada keesokan harinya bagi membeli karipap berkenaan.
Pada hari ketiga, dia dan ahli keluarganya datang seawal jam 8.50 pagi bagi mendapatkan karipap tersebut.
Namun, stok karipap berkenaan belum sampai. Sementara menunggu stok tersebut, dia dan ahli keluarganya sarapan di kafe penjara berkenaan.
Pada ketika itulah dia ditegur oleh seorang pegawai penjara yang bertanyakan tujuan kehadirannya ke situ.
Disangka datang untuk melawat, pegawai penjara itu berbesar hati menghulurkan bantuan kepadanya dengan memperkenalkan individu yang boleh membantu ibu hamil itu mendapatkan stok karipap berkenaan.
“SM tu bawa mummy jumpa seorang sarjan yang boleh tolong dapatkan karipap tu. Sarjan tu pun kata, kalau mummy tak jumpa dia, mungkin mummy tak dapat karipap kambing ni sebab order terlalu tinggi.
“Kena beratur ikut giliran,” tulisnya menerusi video tersebut.
Zahir Ucapan Terima Kasih
Kerana bantuan pegawai tersebut, dia berjaya mendapatkan karipap kambing yang diidamkannya.
Malah menerusi video berkenaan, kelihatan wanita itu menangis ketika mendapat plastik berisi karipap kambing.
Dia turut menzahirkan ucapan terima kasih melalui video tersebut dengan kepada pegawai penjara atas bantuan yang diberikan.
“Alhamdulillah rezeki anak mummy dapat juga merasa karipap kambing. Sedap sangat. Bukan nak ambil hati mana-mana pihak tapi memang sedap.
“Untuk pengetahuan semua, karipap ini tak jual dekat luar, hanya boleh dapat dalam Penjara Kajang sahaja,” jelas wanita itu.
Pengguna TikTok Turut Kongsi Pengalaman Sama
Video yang telah mendapat hampir 500 ribu tontonan itu nyata menarik pengguna aplikasi berkenaan.
Rata-rata pengguna yang terdiri daripada wanita hamil atau pernah mempunyai pengalaman sedemikian sedih melihat wanita itu ketika dia menangis apabila menerima karipap berkenaan.
Ini kerana mereka memahami perasaan ibu mengandung yang mengidam mahukan sesuatu.
Malah, ada juga yang turut berkongsi pengalaman dan rasa yang sama berhadapan dengan situasi sedemikian sepanjang tempoh kehamilan.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Sebaknya, Ingat Dulu Pregnant, Cari Kuih Pukis Sebab Teringin Sangat, Tapi Sampai Anak Dah 10 Bulan Pun Tak Dapat”
“Kak, Saya Faham Perasaan Dah Dapat Tu Tiba-Tiba Boleh Menangis”
“Akak Menangis, Saya Pun Ikut Nangis. Tahniah Akak. Rezeki Akak Dengan Baby”
“Saya Tengok Video Ini Saya Yang Nangis, Faham Sangat Rasa Mengidam Tu Macam Mana”
“Perasaan Ibu Mengidam, Yang Pernah Melalui Akan Faham, Tahniah Suami Turut Sabar Tunaikan Keinginan”
“Karipap Ni Dulu Nak Beli Senang Je Dapat, Sekarang Dah Kena Ikut Turn”
Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Wanita Hamil Cium Tayar Motor Yang Baru Undang Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Airlines Tunai Hajat Ibu Mengandung Mengidam
Baca Artikel Berkaitan: “Melekat Weh!” – Nak Buat Kuih Keria Untuk Isteri Mengidam, Tetapi Akhirnya Jadi ‘Keria Upside Down’