
“Marketing Sampah” – Bisnes F&B Dikecam Selepas Guna Kes Zayn Rayyan Untuk Promosi Fries
Sebuah syarikat F&B telah mempromosikan salah satu produk mereka iaitu kentang goreng di laman X dengan menggunakan kes pembunuhan Zayn Rayyan dalam penulisan iklan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak belakangan ini, platform media sosial dilihat kecoh tentang kes pembunuhan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan. Dalam perkembangan terbaru, kedua-dua ibu bapa Zayn telah dibebaskan dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan mangsa.
Susulan itu, orang ramai dilihat tidak berhenti meluahkan kebimbangan mereka kerana pembunuh sebenar masih belum diberkas.
Dalam masa orang ramai sedang bersimpati dengan kejadian menyayat hati tersebut, tetapi ada juga pihak yang mengambil kesempatan terhadap kes itu untuk mempromosi jenama mereka.
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Zayn Rayyan Mengaku Tak Bersalah Atas Pertuduhan Mengabaikan Mangsa
Baca Artikel Berkaitan: Alami Depresi, Ibu Bapa Zayn Rayyan Sedang Jalani Rawatan Psikologi
Jenama F&B Guna Kes Zayn Rayyan Untuk Promosi Produk
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X menyasikan sebuah jenama Perkhidmatan Makanan & Minuman (F&B) sedang mempromosikan salah satu produk mereka iaitu kentang goreng.
Menerusi klip video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang membuat reviu sambil menikmati kentang goreng yang dipanggil sebagai Shaker Fries Cheese Salted Egg.
Di akhir klip berkenaan, jenama tersebut turut berkongsi waktu operasi dan lokasi cawangan kedai makan mereka.

Namun perkara yang mengundang perhatian ramai adalah penulisan iklan yang dimuat naik bersama video tersebut.
“Tengah baca-baca kes Zayn Rayyan. Misteri betul ya kisahnya. Moga yang terbaik untuk arwah Zayn Rayyan. Kalau korang penat berfikir, rehat sekejap dengan Shaker Fries. Lepas tu boleh sambung balik sambil makan,” kata pengendali akaun X berkenaan.
Menerusi semakan kami, hantaran tersebut telahpun dimuat turun di laman X. Meskipun begitu, pihak jenama tersebut masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai ciapan itu.

Orang Ramai Berang Dengan Tindakan
Pengguna X dilihat berang dengan copywriting tersebut kerana tidak sensitif dengan perkara yang berlaku terhadap mangsa.
“Brand g*la mana copywriting tak guna otak ni? Tergamak guna kes budak mati untuk promosi fries? Semoga melingkup,” kata seorang lelaki.
Malah ada juga yang berkata jenama tersebut hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa perasaan empati terhadap insiden menimpa Zayn.
“Orang bisnes memang dalam kepala otak tu fikir duit je ke? Kenapa asal buat bisnes je ramai jadi bang*ng macam ni,” ujar seorang lelaki.
Sementara itu, ramai juga telah berpakat untuk menyekat dan memboikot jenama tersebut akibat copywriting yang ‘menunggang’ kes Zayn Rayyan.
“Daripada support terus ke boikot,” jelas seorang pengguna X.














Baca Artikel Berkaitan: DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Didakwa Tulis Komen Berbaur Perkauman Di Media Sosial