fbpx
Now Reading
Wanita Berang Didatangi Penguat Kuasa, Rupanya PBT Nak Tawar Skim Ansuran Sewa Rumah [Video]

Wanita Berang Didatangi Penguat Kuasa, Rupanya PBT Nak Tawar Skim Ansuran Sewa Rumah [Video]

Ada yang mendakwa wanita yang memarahi pihak berkuasa itu tidak membayar sewa rumah selama 8 bulan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan salah satu inisiatif kerajaan sejak dahulu lagi dalam membantu masyarakat khususnya golongan B40 untuk mendapatkan kediaman mampu milik.

Malah ia juga mempunyai dua kategori iaitu PPR disewa dan juga dimiliki. Oleh itu, bagi yang menyewa jumlah sewaan adalah serendah RM124 sebulan namun ia tidak termasuk dengan kos penyelenggaraan.

Sebagai penduduk yang dapat menikmati kemudahan ini, kita hendaklah tidak culas dalam membuat pembayaran bulanan untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang kesulitan.

Wanita berang ketika PBT datang rumah

Namun baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang wanita yang juga merupakan penyewa rumah PPR mengherdik sekumpulan anggota Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sewaktu mereka berkunjung ke rumahnya.

Menerusi video yang tular, awalnya kedengaran salah seorang anggota PBT itu sedang menerangkan kepada wanita terbabit berhubung tunggakan sewaanya.

Tak sempat beri penjelasan, wanita terus melenting

Namun belum sempat penjelasan penuh diberikan, kelihatan dia mula melenting. Malah dia meminta pengguat kuasa yang datang untuk menyiasat warga asing yang berniaga di tepi jalan berbanding menganggunya di rumah berkenaan.

Lebih mengejutkan dia turut mengelar mereka sebagai ‘menyemak’ kerana menerjah rumahnya.

“Macam mana nak tolong bangsa sendiri, kita Melayu kot, kenapa tak nak bantu bangsa sendiri. Tu ha warga asing tu tengah berniaga dekat tepi jalan, tak ada permit tak ada apa, tak nak pula pergi kacau. Tak yah semak lah,” jelasnya.

Melihat keadaan yang sedikit tegang, salah seorang pihak berkuasa cuba menenangkan wanita yang memakai baju berwarna hitam itu dengan mengatakan kehadiran mereka adalah untuk membantunya.

“Puan, dengar dulu penjelasan saya. Puan, kita datang sini nak bantu puan,” kata pihak berkuasa itu namun ia terus dipotong oleh wanita berkenaan.

Maklumkan suami sedang sakit dan tak ada duit meskipun RM50

Wanita tersebut memaklumkan bahawa dia kini sedang berdepan dengan kesulitan di mana suaminya kini sedang sakit dan tidak mempunyai wang meskipun RM50 selepas PBT memberitahu sewaannya untuk sebulan hanya RM124 sebulan.

“Memanglah saya tahu tapi saya tengah susah. Memang RM124, tapi RM50 pun saya tak ada dalam akaun sekarang ni,” katanya dalam keadaan penuh beremosi.

Anggota PBT kemudian menyatakan kedatangan mereka sebenarnya ingin memaklumkan pihak mereka mempunyai skim ansuran, yang secara tidak langsung dapat memudahkan mana-mana individu yang mempunyai tunggakan untuk membuat pembayaran.

Namun ia tidak disambut dengan baik apabila di hujung video kedengaran wanita berkenaan menempik anggota PBT.

“Macam mana apa!” tempiknya.

Didakwa tak bayar sewa selama 8 bulan, ramai kecam tindakan wanita marah pihak berkuasa

Menerusi kapsyen dalam satu video sama yang dikongsikan di TikTok, ada yang mendakwa wanita terbabit mempunyai tunggakan sewa rumah terbabit selama lapan bulan.

@malaysiakantoi

dalam whatsapp group kata akak ni tak bayar sewa PPR 8 bulan. #fyp #madani #dbkl #kualalumpur

♬ original sound – Malaysia Kantoi – Malaysia Kantoi

Melihat di ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan wanita itu kerana kurang bersetuju dengan caranya menjawab kepada pihak berkuasa berkenaan.

Malah ada juga yang memberi cadangan untuk menjual barangan di dalam rumah untuk mendapatkan wang kerana dekorasinya dilihat cantik.

“Mak pernah cakap biar miskin harta, janji berbudi bahasa”

“Dari nak kesian dan bantu terus tak jadi nak bantu…”

“Kak juallah dekat mudah.my semua barang deco rumah tu. Tengok cantik sangat eh. Saya pun pernah susah tapi saya jual je perabot segala barang cantik dan barang kemas saya…”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.