fbpx

“Buhul Sihir Ni” – Bungkusan Diikat Dengan Benang Ditemui Di Pusara Bapa Muhyiddin [Video]

Video di pusara Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad tersebut dikongsikan oleh cucunya, Danial di TikTok.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi kelaziman bagi kebanyakan orang Islam untuk menziarahi pusara ahli keluarga yang telah meninggal dunia pada Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha.

Ia merupakan antara amalan yang sering dilakukan sebagai tanda memperingati insan tersayang yang telah meninggalkan kita selain daripada memohon doa daripada Allah SWT buat mereka.

Namun siapa sangka, dalam pada niat untuk menziarahi, kadang kala ada benda pelik telah ditemui pada pusara mereka yang dipercayai dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Bungkusan Diikat Dengan Benang Ditemui

Begitulah yang dialami seorang lelaki yang dikenali sebagai Danial apabila bungkusan diikat dengan benang ditemui pada pusara arwah datuknya di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 1 Muar, Johor.

Menerusi pekongsian video diakaun TikTok @dnlfrhn11, dia berkongsikan saat di mana salah seorang ahli keluarganya sedang mengutip beberapa bungkusan yang diikat dengan benang di kubur arwah datuknya, Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad yang juga merupakan bapa kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apa yang menjadi perhatian adalah bungkusan itu ditanam dan beberapa paku turut ditemui di pusara tersebut.

“Terjumpa di kubur atok pagi raya ini (17 Jun). Apa benda ya? Yang kita tahu ini syirik,” tulis Daniel menerusi ruang kapsyen.

@dnlfrhn11

Terjumpa di kubur atok pagi raya ni.. Apa benda ya ni? Yang kita tahu ini syirik

♬ Takbir Hari Raya – Ibrahim Elhaq

Pengguna TikTok Syak Bungkusan Merupakan Buhul Sihir

Mengintai ke ruangan komen, kebanyakan pengguna TikTok terkejut dengan penemuan itu. Rata-rata daripada mereka mendakwa bungkusan itu merupakan buhul sihir.

Ia berfungsi sebagai penghubung di antara barang sihir contohnya seperti tangkal, azimat, patung atau gambar dan juga mangsa yang hendak disihir.

Ada juga pengguna TikTok yang menasihatkan agar ahli keluarga pemilik video berkenaan berhati-hati ketika mengutip bungkusan tersebut kerana dipercayai boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.

Malah, ada juga pengguna yang memohon agar bungkusan itu dibawa kepada Ustaz supaya sihir itu dapat dileraikan.

Arwah Bapa Muhyiddin Ulama Terkenal Di Malaysia

Buat mereka yang tidak tahu, Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad merupakan ulama tersohor di Malaysia suatu masa dahulu.

Beliau juga merupakan penerima Pingat Sultan Ibrahim pada tahun 1955 sebagai seorang daripada 40 tokoh ulama di Johor.

Beliau juga telah mengasaskan dua buah sekolah iaitu Madrasah As-Saadiah (aliran agama) dan Sekolah Menengah Mohd Yassin (aliran akademik) di daerah Muar bagi menyebarkan ilmu kepada anak-anak tempatan.

Ahli Keluarga Dimohon Buat Laporan Polis

Dalam pada itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor Datuk Dr Sahruddin Jam sedih dengan apa yang berlaku kerana perbuatan itu jelas bertentangan dengan agama.

“Saya tidak tahu apa maksud orang yang melakukan perbuatan itu. Jika dilihat pada kepok tersebut memang tertulis nama Allahyarham, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Malah, abang di dalam video yang tular itu juga merupakan keluarga Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Sahruddin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab itu yang dilihat boleh menganggu keharmonian serta salah di sisi agama dan undang-undang.

“Saya minta ahli keluarga yang melihat kejadian itu agar segera membuat laporan polis.

“Pihak polis juga perlu mengambil tindakan bagi menjadi ketenteraman semua orang,” ujarnya.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Buhul Sihir Tu”

“Buhul Sihir Ni Bang, Entah Siapa La Yang Kena Dalam Ikatan Sihir Tu”

“Pernah Dengar, Jangan Buang Or Bakar. Bawa Pergi Jumpa Ustaz Untuk Putuskan Sihir”

“Macam Kubur Ayah Kepada Datuk Muhyiddin Yassin. Tengok Google Tadi”

“Itu Pasal Kubur Tuan Guru, Sultan Atau Orang Kebesaran Kena Buat Pagar”

Baca Artikel Berkaitan: Jangan Kongsi Di Media Sosial Kalau Terkena Sihir, Fedtri Yahya Jelaskan Ini Sebabnya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Satu Keluarga Bertengkar Selepas Kenduri Kahwin, Rupanya Duit Tetamu Bagi Ada Sihir

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Jadi Punca Sihir, Jangan Biar Pinggan Kotor Dalam Sinki [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.