fbpx
Now Reading
Lelaki Bantu Isteri Kemas Rumah Setiap Kali Pulang Kerja Raih Perhatian Ramai [Video]

Lelaki Bantu Isteri Kemas Rumah Setiap Kali Pulang Kerja Raih Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video turut kelihatan Pedelin melakukan beberapa kerja rumah sebaik sahaja sampai di rumah sebelum menikmati sarapan paginya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengetahui bahawa mereka tidak hanya membina rumah tangga tersebut untuk bahagia.

Sebaliknya perkahwinan juga mengajar seseorang individu untuk sentiasa bersabar, tolong-menolong, bertoleransi dan sebagainya.

Sebagai contoh kerja rumah tidak sepatutnya dilepaskan bulat-bulat kepada suri rumah atau isteri sahaja, tetapi setiap individu seperti suami juga perlu memainkan peranan mereka dalam menguruskan rumah.

Meskipun ia dilihat seperti kecil namun perkara seperti ini memberikan kebahagiaan kepada sesebuah keluarga apabila mempunyai pasangan yang sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain.

Suami terus kemas rumah lepas balik kerja awal pagi

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang pengguna TikTok (@padelin)atau Mr Papa apabila turut mengemas rumah sebaik pulang dari kerja pada awal pagi.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, awalnya kelihatan Pedelin pulang dari tempat kerjanya menaiki motosikal. Dia kemudian sampai ke rumah sekitar jam 6.45 pagi.

Namun sebaik sahaja masuk ke rumah, dia kemudian dilihat terus membuka jaket dan kemudian mengambil bakul untuk memasukkan mainan yang bersepah di atas lantai dipercayai milik anaknya.

@pedelin

Rutin setiap kali balik kerja dipagi hari, lagi lagi pagi weekend ☝🏻

♬ Nanti Kita Seperti Ini – BATAS SENJA

Siap vakum rumah, basuh dan jemur baju sebelum sarapan

Sebaik selesai mengemas barangan si kecil, dia kemudian mengeluarkan vakum untuk mengemas ruang tamu bermula jam 7 pagi.

Pada jam 7.30 pagi pula, Pedelin yang juga bekerja di sebuah kilang Perodua akan membasuh dan menjemur pakaian yang telah di basuh di luar rumah.

Selesai membuat semua kerja berkenaan sekitar 7.45 pagi, dia kemudiannya menikmati sarapan dan bersantai sambil menonton televisyen.

Ramai yang terasa senang melihat gelagat sang suami bantu isteri

Melihat di ruangan komen, ramai yang senang melihat lelaki tersebut membantu isterinya meskipun baru pulang dari kerja.

Malah ada juga para isteri yang berkongsi suami mereka juga melakukan hal yang sama, dan perkara itu membuatkan mereka rasa dihargai.

Ini kerana sang suami juga memahami si isteri penat dengan rutin harian seperti bekerja dan sebagainya.

Ada juga yang berpendapat rutin sebegini adalah normal di kalangan para suami namun ramai yang memilih untuk tidak berkongsikannya di media sosial.

Menerusi penelitian kami video ini telah dimuat naik oleh Pedelin pada 8 Jun lalu namun ia menarik perhatian ramai sehingga menjadi tular di laman X.

“Suami kita kan dia cuci pinggan, vakum, jemur kain dan masak bila kita isteri duduk dalam bilik diam tak bersuara.. dia faham kita penat. Tapi tak lah hari-hari..”

“Nasib sofa abang ringan kalau sofa rumah mak saya kayu jati. Tak tahu nak angkat macam mana, berat amat”

“Setiap suami tu rajin je.. cuma tak tunjuk. Malah isteri sendiri tak tahu”

“Sebenarnya ramai je suami macam ni, balik kerja tolong isteri dan kemas-kemas rumah”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.