fbpx
Now Reading
Boleh Tak Qada Solat Dalam Waktu Dilarang Solat? Ini Penjelasan UAI [Video]

Boleh Tak Qada Solat Dalam Waktu Dilarang Solat? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, hukum larangan waktu solat ini mempunyai berlainan pendapat daripada keempat-empat Mazhab

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Solat fardu lima waktu iaitu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim.

Sekiranya ditinggalkan secara sengaja atau tidak sengaja solat fardu ini, maka umat Islam perlu menggantikannya iaitu Qada solat selama mana ia ditinggalkan.

Pun begitu, terdapat juga persoalan sekiranya Qada solat ini boleh dilakukan dalam waktu yang dilarang atau diharamkan solat.

Boleh Qada solat dalam waktu yang dilarang solat

Pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra disapa UAI menjelaskan bahawa umat Islam boleh melakukan Qada solat fardu dalam waktu tersebut.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @pakdeain, UAI berkata, terdapat lima waktu yang dilarang solat.

Berikut lima waktu yang dilarang solat:

  1. Ketika matahari terbit (sunrise)
  2. Ketika matahari tegak di atas kepala
  3. Ketika matahari sedang masuk di kaki langit (sunset)
  4. Selepas solat Asar
  5. Selepas solat Subuh

Setiap Mazhab berbeza pendapat tentang hukum waktu dilarang solat

Bagaimanapun, UAI berkata hukum larangan waktu solat ini mempunyai berlainan pendapat daripada keempat-empat Mazhab iaitu Mazhab Hambali, Mazhab Maliki, Mazhab Syafie dan Mazhab Hanafi.

Pendapat pertama iaitu Mazhab Hambali, kelima-lima waktu adalah dilarang solat iaitu haram melakukannya.

Pendapat kedua pula iaitu Mazhab Maliki berpandangan tiga waktu pertama haram, manakala dua waktu terakhir hanyalah makruh tanzih (perkara yang dituntut oleh syarak supaya ditinggalkan secara tidak mutamad).

Pendapat ketiga, Mazhab Syafie pula berpandangan tiga waktu pertama ialah makruh tahrim (perkara yang syarak menuntut supaya ditinggalkan secara muktamad), manakala dua waktu terakhir makhruh tanzih.

Dan yang terakhir iaitu pendapat keempat daripada Mazhab Hanafi menyatakan kelima-lima waktu adalah makruh tahrim.

Larangan solat di waktu yang diharamkan hanyalah untuk sebahagian solat sunat sahaja

Namun, larangan solat yang dimaksudkan hanyalah untuk sebahagian solat sunat sahaja dan bukannya solat fardu atau Qada solat yang hukumnya adalah wajib.

Memetik laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, solat sunat yang diharuskan untuk dilaksanakan pada waktu yang diharamkan ialah solat yang sebabnya mendahului solat tersebut seperti solat sunat wuduk, solat jenazah, sujud tilawah, sujud syukur dan seumpamanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.