Jemaah Haji Indonesia Didakwa Jual Rojak Di Tanah Suci Undang Perhatian Ramai [Video]
Kedua-dua wanita yang didakwa berasal dari wilayah Madura, Indonesia itu dilihat menjual rojak kepada para jemaah haji hanya di tepi jalan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui, pada ketika ini umat Islam yang mengerjakan ibadah haji daripada seluruh dunia sedang berada di Tanah Suci Mekah.
Susulan itu, pasti pelbagai momen jemaah-jemaah haji ketika menunaikan ibadah rukun Islam kelima itu dapat dilihat di media sosial.
Kebanyakan video-video yang dikongsikan pasti membawa perasaan yang menyentuh hati memandangkan untuk dipanggil menunaikan ibadah tersebut bukanlah sesuatu yang mudah dan murah.
Tular video jemaah haji Indonesia didakwa jual rojak di Tanah Suci
Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial satu video yang memaparkan jemaah haji dari Indonesia dipercayai menjual rojak di Tanah Suci.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @halobangkalan, kelihatan seorang jemaah wanita itu sedang menggaul sesuatu di dalam sebuah bekas manakala seorang lagi wanita sedang mempersiapkan bekas bungkusan makanan.
Jemaah berasal dari Madura jual rojak tepi jalan
Kedua-dua wanita yang didakwa berasal dari wilayah Madura itu dilihat menjual rojak kepada para jemaah haji hanya di tepi jalan.
“Dikala jemaah jaji beristirehat sesudah melaksanakan rukun haji, salah satu jemaah haji asal Madura menjual rojak di pinggir jalan raya.
“Di mana ada orang ramai, di situlah otak berfikir untuk mencari duit dari orang madura,” tulis di ruangan kapsyen.
Untuk tonton video, tekan di sini.
Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang terhibur dan ada yang mengecam
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi terhadap tindakan jemaah berkenaan menjual rojak di Tanah Suci, ada yang terhibur melihat video terbabit dan ada pula sebaliknya.
Segelintir orang dilihat mengecam tindakan jemaah wanita berkenaan kerana berpendapat bahawa ibadah tersebut sepatutnya diberikan tumpuan tanpa memikirkan perkara lain.
Malah, ada juga yang mempersoal adakah jemaah-jemaah haji di Indonesia tidak dipantau oleh pihak yang bertanggungjawab daripada negara terbabit sehingga ada yang bertindak sedemikian rupa.
Berniaga ketika tunai haji bukan satu kesalahan yang berdosa
Untuk info, menunaikan haji sambil melakukan perniagaan bukanlah sesuatu perkara yang dilarang dan berdosa, malah ibadah tersebut tetap sah kerana ia tidak rosak sehingga perlu mengulanginya.
Pun begitu, kebanyakan jemaah diingatkan untuk tidak berbuat perkara sedemikian kerana perlu memanfaatkan tempoh berada di Tanah Suci untuk menjalankan ibadah haji agar mendapat haji yang mabrur (diterima Allah SWT).
Berikut komen yang diberikan orang ramai di TikTok:
Lebih 1.8 Juta Jemaah Dari Seluruh Dunia Tunai Haji Pada Tahun 2024
Berdasarkan Pihak Berkuasa Am bagi Statistik Arab Saudi, sebanyak 1,833,164 umat Islam dari seluruh dunia menunaikan ibadah haji pada 2024.
Daripada jumlah tersebut, 958,137 orang jemaah merupakan golongan lelaki manakala 875,027 pula adalah jemaah wanita.
Daripada jumlah tersebut, Indonesia mencatatkan bilangan jemaah yang paling ramai menunaikan haji pada tahun ini iaitu berjumlah 241,600 orang.
Bagi negara Malaysia pula, ia berjumlah 31,600 orang jemaah haji pada tahun ini dengan kedudukan sebagai negara Asia keenam paling ramai yang menunaikan ibadah tersebut.
#infografik 10 negara Asia dengan jemaah haji teramai bagi musim 1445H/2024M pic.twitter.com/IPh2iRqD7u
— Harian Metro (@hmetromy) June 17, 2024