fbpx
Now Reading
Petronas Buka Stesen Minyak Pertama Di Brazil?

Petronas Buka Stesen Minyak Pertama Di Brazil?

Menerusi foto poster yang tular difahamkan stesen minyak Petronas itu terletak di lebuh raya Castello Branco, Sau Paulo, Brazil.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui Petronas merupakan sebuah syarikat perusahaan multinasional minyak dan gas yang berasal dari Malaysia.

Mempunyai pejabat di banyak negara serata Asia dan dunia malah Petronas juga memiliki lebih 1000 cawangan stesen minyak di seluruh Malaysia.

Petronas buka cawangan stesen minyak pertama di Brazil

Apa yang lebih membanggakan apabila tular perkongsian memaklumkan Petronas secara rasmi telah membuka stesen minyak pertama di Brazil.

Pembukaan stesen minyak tersebut telah dimaklumkan menerusi beberapa hantaran di LinkedIn antaranya oleh Pengurus Kanan Projek Strategik dan Perniagaan Baharu SIM Distibuidora de Combustíveis, Erik Matimiono da Silva.

“Kami sangat bangga dapat menjadi sebahagian daripada momen bersejarah untuk bahan api di Brazil, dengan perasmian stesen minyak Petronas pertama di negara (Brazil) ini.

“Kami akan menawarkan bahan api yang menjadi juara lapan kali dalam kategori utama sukan permotoran dengan produk Petronas Primax,” tulis Erik dalam hantaran tersebut pada tiga hari lalu.

Erik dalam masa sama turut berkongsi beberapa gambar memaparkan keadaan stesen minyak yang baru dibuka itu, serta kehadiran beberapa wakil Petronas dari Malaysia pada minggu lalu.

“Kepada rakan saya Edward Yeoh, Kit Yen Yim, Foo Lung Choe, Ahmad Nazirul Zolkefli, Muhammad Asree Asmoe, terima kasih untuk kerja yang intensif dan semangat pada minggu lalu.”

Menerusi foto poster yang tular difahamkan stesen minyak tersebut terletak di lebuh raya Castello Branco, Sau Paulo.

Menjadi detik istimewa dalam industri minyak di Brazil

Dalam pada itu, Pengarah Perancangan Kumpulan Argenta iaitu Murilo Dancieri Silveira turut memaklumkan perkara sama di akaun LinkedIn rasminya.

“Hari ini sangat istimewa untuk saya dan sejarah industri minyak di Brazil.

“Hari ini telah lahir stesen minyak pertama jenama Petronas di Brazil dan juga stesen pertama syarikat ini di luar negara, Malaysia yang indah!” ujarnya.

Malah beliau berkata pihak Argenta dan SIM Distribuidora de Combustíveis sangat berbangga kerana menjadi sebahagian daripada projek stesen minyak itu.

Hantaran tersebut turut diulangsiar oleh beberapa eksekutif Petronas seperti Badrul Hisham Mahmud dan Kit Yen Yim.

“Bangga menjadi sebahagian daripada kumpulan ini yang menjadikan cita-cita kepada realiti,” tulis Kit Yen Yim selaku Pengurus Strategi dan Pembangunan Perniagaan Petronas di LinkedIn.

Namun setakat artikel ditulis, belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan Petronas.

Pun begitu, perkongsian berhubung pembukaan stesen minyak pertama di Brazil itu turut sohor di media sosial apabila ia juga dikongsikan di laman Reddit dan juga X.

Petronas has officially opened their first Petronas station in Brazil and the only one in South America
byu/itsmeaidil inmalaysia

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.