fbpx

Wanita Dakwa Kena Scam, Beli Vios Dugong 2013 Lebih RM51k Tapi Pakai Seminggu Dah Rosak [Video]

Tidak hanya itu, wanita yang juga ibu tunggal terbabit perlu membuat bayaran bulanan RM1,107.73 dengan kadar interest sebanyak 9%.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kenderaan merupakan satu keperluan bagi setiap orang terutamanya yang telah memiliki keluarga untuk bergerak ke sesuatu destinasi.

Pun begitu, tidak semua orang mampu membeli kereta baharu, maka kenderaan terpakai pastinya menjadi alternatif kerana harganya yang lebih murah.

Namun, membeli kenderaan terpakai ini pastinya mempunyai risiko tersendiri seperti mendapat kereta yang telah rosak atau ditipu penjual dengan harga yang tidak masuk akal.

Ibu tunggal beli Vios Dugong 2013, pakai seminggu dah rosak

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang wanita dipercayai ditipu apabila Toyota Vios terpakai yang dibelinya pada harga RM51,790 rosak hanya selepas seminggu digunakan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @bro_wong, perkara itu dikongsikan oleh penjual kereta terpakai yang dikenali sebagai Wong.

Difahamkan, wanita berkenaan menghubungi Wong untuk meminta bantuan terhadap keretanya yang rosak itu.

Susulan itu, Wong hadir ke rumah wanita berkenaan untuk memeriksa keadaan kereta terbabit sebelum membawanya ke sebuah bengkel untuk dibaiki.

Beli kereta terpakai tapi tiada waranti, pihak penjual lepas tangan

Menurut wanita terbabit, Vios yang dibelinya pada tiga bulan lalu itu tidak mempunyai sebarang waranti menyebabkan pihak penjual tidak mahu bertanggungjawab atas sebarang kerosakan yang dialami.

“Saya ada hubungi dan mesej tapi dia (penjual kereta) tak jawab. Dah pergi kedai tapi dia cakap memang tak boleh buat apa sebab tiada waranti,” katanya.

Menurutnya lagi, penjual kereta terbabit turut mendakwa kereta Toyota Vios berkenaan adalah keluaran pada tahun 2014 namun ia sebenarnya dihasilkan pada 2013.

Caj tambahan sampai RM16,790, bayaran bulanan cecah lebih RM1,000

Apa yang lebih mengejutkan, harga jualan kereta terbabit hanyalah RM35,000 namun jumlah keseluruhan menjadi lebih RM51,000 kerana caj tambahan seperti fi pinjaman yang tinggi, insurans, Puspakom, penukaran nama dan lain-lain yang bernilai RM16,790.

Tidak hanya itu, wanita yang juga ibu tunggal terbabit perlu membuat bayaran bulanan RM1,107.73 dengan kadar interest sebanyak 9%.

Jelas, jumlah bayaran bulanan itu sememangnya tidak masuk akal apatah lagi kereta berkenaan pula hanya kenderaan terpakai pada tahun 2013.

Fikir dahulu sebelum beli kereta terpakai

Susulan itu, Wong menasihati orang ramai yang ingin membeli kereta terpakai untuk berfikir dahulu sebelum beli.

Dia turut menasihati orang ramai untuk meminta waranti bertulis daripada pihak penjual sekiranya ingin membeli kereta terpakai agar masalah sebegini tidak terjadi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.