Wanita Jepun Anggap Cendol Sebagai ‘Ramen Malaysia’ Siap Buat Sup Undang Perhatian [Video]
Apa yang menarik perhatian adalah dia turut menunjukkan cara memasak ramen menggunakan cendol tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Malaysia kaya dengan kepelbagaian dan variasi makanan. Keadaan ini menyebabkan kebanyakan individu sama ada rakyat tempatan atau pelancong dari luar tertarik dengan keunikan makanan di negara ini.
Antara menu yang sering menjadi pilihan ramai adalah nasi lemak, roti canai, laksa, teh tarik dan cendol.
Lazimnya, kebanyakan daripada mereka akan menikmati hidangan tersebut dari kebanyakan kedai makan yang ada di Malaysia.
Namun, ada segelintir individu mengambil inisiatif untuk menikmati hidangan itu dengan cara membuat sendiri hidangan tersebut.
Malangnya, buat mereka yang bukan berasal dari negara ini mungkin akan salah faham tentang fungsi sebenar sesuatu hidangan.
Wanita Jepun Anggap Cendol Sebagai Ramen Malaysia
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @sora_fula, wanita yang berasal dari negara Jepun itu telah mengejutkan pengguna TikTok apabila membuat sup cendol.
Ini kerana Sora yang juga merupakan seorang pencipta kandungan itu menganggap cendol sebagai ramen yang merupakan makanan dari negara asalnya.
Pada mulanya, kelihatan Sora berada di sebuah pasar raya dan memegang cendol. Pada ketika itu, kedengaran dia menganggap cendol yang dipegang sebagai ‘Ramen Malaysia’.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah dia turut menunjukkan cara memasak ramen menggunakan cendol tersebut.
Malah, dia juga turut mempersoalkan warna cendol yang berwarna hijau yang dilihat tidak sama dengan ramen yang biasa dilihatnya.
Pelik Dengan Tekstur Cendol Lembut Selepas Dimasak
Setelah hidangan itu siap, Sora dilihat teruja untuk merasai hidangan tersebut. Namun, ketika dia menikmati hidangan itu, timbul persoalan tentang tekstur cendol yang terlalu lembut setelah dimasak.
Sora juga dilihat turut mempersoalkan dirinya sendiri adakah dia tersilap langkah dengan memasaknya terlalu lama hingga menyebabkan cendol berkenaan terlalu lembut.
“Rebus terlalu lama? Ia terlalu lembut,” kata Sora menerusi video berkenaan.
Di penghujung video tersebut, dia turut meminta bantuan daripada pengguna TikTok untuk mengajarnya cara sebenar menikmati hidangan tersebut.
Pengguna Terkejut Cendol Dijadikan Hidangan Sup
Video yang telah mendapat tontonan lebih 1.1 juta itu nyata menarik perhatian pengguna TikTok. Ramai daripada mereka terkejut dengan tindakan Sora yang memasak sup cendol itu.
Malah, ada yang turut mempersoalkan tentang siapa yang mengajar wanita itu bahawa cendol boleh dimasak dan dijadikan sup.
Ada juga warganet yang turut menasihati wanita itu agar melakukan carian terlebih dahulu sebelum memasak hidangan tersebut.
Namun, ada pengguna TikTok yang baik hati dan mengajar Sora tentang cara sebenar menyediakan cendol.
Berikut antara komen warganet:
“It’s Not Ramen, But It’s For Dessert, We Call It Cendol”
“Ahh Sudah, Cendol Dibuat Sup, Macam Mana Nak Explain Ni”
“Akak, Terang-Terang Situ Tulis Cendol, Bukan Ramen”
“Itu Cendol Kak, Tak Pernah Orang Buat Jadi Sup”
“Siapa Yang Gula-Gulakan Dia Ni, Kesian”
“Ini Bukan Ramen, Tapi Ini Kita Panggil Cendol Macam Dessert”
“You Should At Least Google & Find Out What It Is, Don’t Just Simply Make Fun”
Baca Artikel Berkaitan: Unik! Restoran Jepun di Taiwan Tawar Menu Ramen Yang Dihidangkan Dalam Kulit Durian
Baca Artikel Berkaitan: Gabungan Terbaru, Boba dan Kentang Goreng Jadi Menu Unik di Cafe Ini