fbpx
Now Reading
3 Kereta Ditahan Polis Gara-Gara Ikut Laluan Kecemasan Ketika Di Lebuh Raya [Video]

3 Kereta Ditahan Polis Gara-Gara Ikut Laluan Kecemasan Ketika Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video, jelas kelihatan tiga kenderaan menggunakan lorong kecemasan dan memandu dengan laju di laluan berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pengguna jalan raya khususnya mereka yang mempunyai lesen memandu pasti mengetahui dan cakna bahawa lorong kecemasan tidak boleh digunakan sesuka hati.

Ini kerana, laluan ini kebiasaannya digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kecemasan seperti kereta rosak, ambulans dan sebagainya.

Malah penggunaan lorong kecemasan juga adalah satu kesalahan undang-undang.

Tular video 3 kereta ikut lorong kecemasan

Baru-baru ini, tular di laman X tindakan tidak bertanggungjawab beberapa kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan sewaktu berada di sebuah lebuh raya.

Menerusi video dashcam dari sebuah kenderaan, awalnya kelihatan sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna putih telah melalui lorong kecemasan.

Tidak lama kemudian kelihatan sebuah lagi kereta seperti Vellfire berwarna putih turut melalui lorong sama.

Ia seterusnya diikuti oleh sebuah lagi kereta dipercayai jenis sama berwarna hitam memandu dalam keadaan yang laju sewaktu meluncur di lorong berkenaan.

Segera masuk lorong kiri dan kanan sebelum ditahan polis

Namun tidak lama kemudian ketiga-tiga kenderaan dilihat dengan segera memasuki laluan biasa.

Sebaik sampai di bahagian depan, kelihatan pihak polis yang sedang menjalankan operasi meminta ketiga-tiga kenderaan itu untuk berhenti di bahu jalan.

Menerusi rakaman dashcam berkenaan, dipercayai insiden itu berlaku pada 17 Jun yang lalu, sekitar jam 6.30 petang.

Ramai minta kenderaan disaman dengan denda setimpal

Melihat di ruangan balas, ramai yang mengharapkan kenderaan tersebut disaman dengan denda yang setimpal.

Tidak kurang juga ada yang mencadangkan jumlah saman itu diberikan mengikut model kenderaan yang dipakai.

“Patut jumlah saman buat ikut model kereta”

“Peh pertama kali tengok polis berdiri tengah lebuh raya”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.