fbpx
Now Reading
Buhul Sihir: “Tak Salah Upah Orang Untuk Jaga Atau Tunggu Di Pusara Atas Tujuan Keselamatan” – Ahli Agama

Buhul Sihir: “Tak Salah Upah Orang Untuk Jaga Atau Tunggu Di Pusara Atas Tujuan Keselamatan” – Ahli Agama

Menurut Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin, diharuskan dalam Islam jika waris menjaga kubur atau mengupah orang untuk menjaga pusara berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Isnin (17 Jun) lalu, kecoh di media sosial penemuan bungkusan yang diikat dengan benang di pusara Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad oleh ahli keluarganya.

Penemuan itu dikongsikan oleh salah seorang cucu beliau menerusi satu video di TikTok ketika dia dan ahli keluarga yang lain menziarahi pusara beliau pada Hari Raya Aidiladha yang lalu.

Ramai pengguna media sosial terkejut dengan penemuan itu. Rata-rata mereka mendakwa ia merupakan buhul sihir yang berfungsi sebagai penghubung di antara barang sihir contohnya seperti tangkal, azimat, patung atau gambar dan juga mangsa yang hendak disihir.

Malah, kebanyakan daripada mereka mengecam tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu kerana ia jelas bertentangan dengan agama.

Baca Artikel Berkaitan: “Buhul Sihir Ni” – Bungkusan Diikat Dengan Benang Ditemui Di Pusara Bapa Muhyiddin [Video]

Tidak Salah Upah Orang Untuk Jaga Atau Tunggu Di Pusara Atas Tujuan Keselamatan

Mengulas penemuan ini, menurut Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi MARA Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin, tidak menjadi satu kesalahan jika mengupah orang untuk menjaga atau menunggu di pusara bagi tujuan menjaga keselamatan.

Jelas Dr Mohd Hapiz, kubur orang alim dan soleh tidak sepatutnya menjadi sasaran individu tidak bertanggungjawab bagi perbuatan yang bertentangan dengan agama khususnya kerja-kerja khurafat.

“Orang yang percaya amalan khurafat suka kubur-kubur orang alim dan soleh untuk perkara-perkara syirik.

“Kita tidak tahu tujuan dia letak (buhul sihir) di kubur untuk apa. Cuma secara zahirnya perbuatan meletakkan benda-benda sedemikian di kubur biasanya untuk tujuan tidak elok.

“Tapi kalau katakan perbuatan itu dilakukan untuk ambil keberkatan. Dengan cara meletakkan bungkusan berpaku itu setahu saya itu bukan cara untuk memohon keberkatan, sepatutnya kita ziarah kubur,” katanya yang dipetik dari Majoriti.

Harus Dalam Islam Jika Waris Jaga Kubur Atau Upah Orang

Tambah beliau, diharuskan dalam Islam jika waris menjaga kubur atau mengupah orang untuk menjaga pusara berkenaan.

“Kalau kita nak tidur di kubur sahaja untul kawal keadaan sekeliling, duduk mengaji al-Quran di kubur adalah diharuskan dalam Islam.

“Tetapi kalau tidur untuk mengamalkan ilmu sesat, ilmu pelik-pelik tidak boleh kerana dosanya besar,” katanya.

Tidak Boleh Guna Duit Si Mati Untuk Upah Orang Jaga Kubur

Walau bagaimanapun, Dr Mohd Hapiz yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) Fatwa Negeri Kedah menjelaskan mengupah seseorang untuk menjaga kubur tidak boleh menggunakan duit peninggalan si mati.

“Kena guna duit waris atau bajet daripada waris yang masih hidup,” katanya.

Boleh Kerjasama Dengan Orang Masjid Untuk Pagar Kawasan Kubur

Selain daripada mengupah orang, Dr Mohd Hapiz menjelaskan waris boleh mengambil inisiatif dengan cara bekerjasama dengan pihak pengurusan masjid untuk memagari kawasan perkuburan.

“Dengan adanya batasan kawalan di kubur, haiwan liar atau seseorang yang berniat tidak elok tak boleh masuk sesuka hati.

“Perkara ini dapat elakkan orang tak bertanggungjawab salah gunakan kubur,” ujarnya.

Tambahnya lagi, jika perkara itu dilakukan untuk tujuan menghantar sihir, maka kita perlulah meminta agar Allah melindungi daripada sebarang kejahatan.

Baca Artikel Berkaitan: “Buhul Sihir Ni” – Bungkusan Diikat Dengan Benang Ditemui Di Pusara Bapa Muhyiddin [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Jadi Punca Sihir, Jangan Biar Pinggan Kotor Dalam Sinki [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Jangan Kongsi Di Media Sosial Kalau Terkena Sihir, Fedtri Yahya Jelaskan Ini Sebabnya [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.