fbpx

“Patut Lori Tak Payah Brek”- Ramai Bengang Lihat Kereta Myvi Selamba Tukar Lorong Masuk Ke Laluan Treler [Video]

Walau bagaimanapun, kereta Perodua Myvi itu bernasib baik apabila pemandu lori tersebut sempat menekan brek dan kenderaannya itu tidak dilanggar oleh lori berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Harus diakui, kebanyakan jalan raya di Malaysia khususnya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sememangnya boleh mengelirukan pengguna.

Ini kerana laluannya yang bersimpang siur menyukarkan pemandu khususnya buat mereka yang baru melalui jalan tersebut.

Oleh sebab itu, ada segelintir pemandu yang tidak bertanggungjawab mengambil jalan mudah dengan menukar lorong secara tiba-tiba bagi memastikan mereka tidak terlepas simpang yang perlu dilalui.

Tindakan ini bukan sahaja membahayakan pemandu itu sendiri bahkan turut membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Perodua Myvi Tukar Lorong Masuk Ke Laluan Treler

Gara-gara tidak mahu terlepas simpang, sebuah Perodua Myvi dilihat selamba menukar laluan masuk ke lorong sebelah yang pada ketika itu sedang dilalui oleh sebuah treler.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @iyliahaidar, kelihatan Perodua Myvi berkenaan pada mulanya dilihat berada di laluan bersebelahan treler tersebut.

Namun, pemandu kereta itu dilihat selamba memasuki laluan treler berkenaan hingga menyebabkan kenderaan besar itu terpaksa brek secara tiba-tiba.

Malah, turut kelihatan kesan tayar kenderaan berat itu di atas jalan raya akibat daripada perbuatan brek mengejut itu.

Walau bagaimanapun, kereta Perodua Myvi yang mendapat gelaran ‘king’ itu bernasib baik apabila pemandu lori tersebut sempat menekan brek dan kenderaannya itu tidak dilanggar oleh lori berkenaan.

 “Confidentnya kereta hitam itu potong treler begitu saja. Berasap la tayar nak brek.

“Itu tadi kalau tak sempat brek, dengan kita-kita sekali kena, lepastu yang bestnya boleh sambung main phone lepas dah memandu dalam keadaan bahaya,” tulis pemilik video berkenaan.

Ramai Pengguna TikTok Geram Lihat Sikap Pemandu Myvi

Mengintai ke ruangan komen, rata-rata pengguna Tiktok mengecam tindakan pemandu Perodua Myvi itu.

Rata-rata geram dengan sikap mementingkan diri pemandu berkenaan yang dilihat boleh menyebabkan kemalangan jalan raya dan menyusahkan pengguna yang lain.

Malah, ada yang turut berpendapat agar pemilik video berkenaan melaporkannya kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) tentang perbuatan pemandu Myvi itu.

Ada juga yang berpendapat pemandu Perodua Myvi itu seharusnya meneruskan sahaja perjalanan dan membuat pusingan U (u-turn) sekiranya terlepas simpang.

Berikut merupakan komen pengguna media sosial:

“Patut Tak Payah Overtake, Slow Bagi Signal Duduk Belakang Lori Then Masuk Kiri”

“Driver Lori Lembut Sangat, Kalau Aku Tak Sanggup Susahkan Diri Sendiri Sebab Nak Elak Dia”

“Lori Ada Muatan Mesti Keluarga Kereta Tu Buat Kenduri Untuk Dia”

“Ya Allah, Apalah Dia Main Pancung Gitu, Kesian Driver Lori”

“Harap PDRM & JPJ Boleh Ambil Tindakan Terhadap Kereta Yang Bahayakan Nyawa Orang Awam Itu”

“Sampai Berbekas Jalan Tu, Lori Tu Brake Punya Pasal”

“Berani Betul Dia, Kalau Saya Terlepas Simpang, Sanggup Jalan Jauh”

Baca Artikel Berkaitan: Treler Terbabas & Rempuh 11 Kenderaan Gara-gara Elak Kereta Mercedes Tukar Laluan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Treler Terbabas Hingga Masuk Laluan Bertentangan, Proton X70 Jadi Perhatian Ramai [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.