fbpx
Now Reading
Pemandu Sanggup Masuk Lorong Lain Untuk Beri Laluan Kepada Ambulans Raih Pujian [Video]

Pemandu Sanggup Masuk Lorong Lain Untuk Beri Laluan Kepada Ambulans Raih Pujian [Video]

Kesesakan jalan raya di Cameron Highlands ketika musim cuti itu menyebabkan ambulans berkenaan susah untuk bergerak ke hadapan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pengguna jalan raya pasti mengetahui bahawa mereka perlu memberikan laluan kepada kenderaan kecemasan seperti jentera bomba, polis, ambulans dan lain-lain.

Ini kerana kenderaan khas ini mempunyai isu keselamatan sebagai contoh ambulans membawa pesakit yang perlu mendapatkan rawatan dengan segera.

Tular ambulans sukar bergerak kerana jalan raya sesak di Cameron Highlands

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah ambulans yang sedang dalam kecemasan mengalami kesukaran untuk bergerak berikutan jalan raya yang sesak di Cameron Highlands.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @tunacameron, kelihatan kenderaan-kenderaan di jalan raya terbabit telahpun bergerak ke tepi untuk memberi laluan.

Bagaimanapun, keadaan jalan yang berselekoh dan sempit serta deretan kenderaan yang sesak tetap menyukarkan ambulans berkenaan untuk bergerak.

Dalam video terbabit, kelihatan kebanyakan kenderaan sudah mula berganjak perlahan-lahan kehadapan untuk memberi ruang, namun ambulans itu masih tidak berjaya melepasinya.

Pemandu Latio sanggup masuk lorong lain untuk beri laluan kepada ambulans

Kenderaan yang dalam kecemasan itu akhirnya dapat bergerak ke hadapan selepas pemandu kereta jenis Nissan Latio Hatchback berwarna putih sanggup memasuki sebuah lorong di tepi jalan berkenaan.

Tindakan pemandu berkenaan menyebabkan ruang di atas jalan berkenaan dapat dibuka lebih luas bagi memudahkan ambulas terbabit bergerak ke hadapan menuju ke destinasi yang dituju.

Tidak lama selepas itu, dapat dilihat Latio berkenaan berpatah balik dan ingin memasuki semula jalan raya tersebut.

Menurut pemilik video, kejadian terbabit berlaku pada sekitar jam 1.40 tengah hari pada Ahad lalu (16 Jun).

“Terima kasih kereta putih kerana beri laluan,” ringkas tulis pemilik video.

Ramai puji pengorbanan yang dilakukan oleh pemandu Latio

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pujian kepada pemandu Latio itu kerana sanggup memasuki lorong yang bukanlah laluannya demi memberi laluan kepada ambulans terbabit yang sedang dalam kecemasan.

Tidak hanya itu, ada juga yang memberi pujian kepada pemilik video kerana rakaman yang dihasilkan itu kelihatan sangat jelas.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.