fbpx

“Beli RM12, Nampak Cantik Tapi..” – Lelaki Luah Rasa Tertipu, Beli Roti Inti Jem Hanya Di Tepi [Video]

Difahamkan, pemilik video berkenaan bersama rakan-rakannya telah tertarik untuk membeli roti yang dilipat dua itu kerana melihat luarannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, sehingga hari ini masih ada segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab telah memperdaya pelanggan demi meraih keuntungan yang tinggi.

Malah, ada juga peniaga yang menjual barangan atau makanan dengan harga yang tinggi, tetapi tidak setanding kualitinya.

Pelanggan rasa tertipu, beli roti tapi dalam macam kosong

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan beberapa individu mendakwa diri mereka seakan ditipu dengan roti yang dibeli di sebuah kedai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @alisssfd89, roti terbabit seakan tidak mempunyai inti di dalamnya.

Tertarik beli kerana lihat luaran, rupanya inti hanya diletakkan di bahagian tepi roti

Difahamkan, pemilik video berkenaan bersama rakan-rakannya telah tertarik untuk membeli roti yang dilipat dua itu kerana melihat luarannya.

Bagaimanapun, sebaik mereka membelinya, ternyata roti yang dilipat dua itu hanya mempunyai inti seperti jem berwarna ungu di bahagian tepi sahaja dan di tengahnya pula hanya diisi dengan sedikit krim putih.

“Dia (peniaga) tipulah, nampak cantik, dia dapat tipu pandangan mata kita tapi mulut dia tak dapat tipu,” katanya.

Tidak hanya itu, mereka turut mendakwa harga bagi satu pek roti-roti berkenaan dijual dengan harga RM12, di mana ia di sifatkan sebagai tidak berbaloi.

Pemilik video bagaimanapun tidak menyatakan lokasi serta nama kedai terbabit.

Orang ramai beri pelbagai reaksi, siap sifatkan peniaga sebagai kedekut

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video terbabit.

Malah ada juga yang menyifatkan peniaga roti berkenaan sebagai kedekut dan ingin mengaut untung yang besar kerana hanya meletakkan inti jam terlalu sedikit.

Pun begitu, ada juga yang menyatakan bahawa peniaga terbabit tidak meletakkan inti jam di bahagian tengah roti kerana sudah mempunyai krim putih berkenaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.