
Mutawif Sanggup Bagi Selipar & Berkaki Ayam Hantar Jemaah Indonesia Yang Terpisah Dari Kumpulan Ke Hotel [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan warga emas dari Indonesia itu hanya duduk di tepi batu sambil memerhatikan orang ramai.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui sejak bulan Mei lalu ramai jemaah dari seluruh negara telah berkunjung ke kota suci Mekah untuk menjalankan ibadah haji.
Seperti yang diketahui jumlah individu yang telah pergi ke sana bukanlah sedikit namun mencecah jutaan orang.
Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan berlaku kesesakan sehingga ada segelintir darinya tersesat atau terpisah dari kumpulan negara mereka.
Untuk mereka yang mempunyai ingatan yang kuat pasti ia bukan satu masalah, namun tidak bagi warga emas yang sudah lanjut usia dan memerlukan bimbingan atau pertolongan dari pengendali haji.
Jemaah haji dari Indonesia terkandas sudah 2 hari
Perkara sama turut berlaku kepada pasangan warga emas dari Indonesia ini apabila ‘terkandas’ dan terpisah dari kumpulannya semasa menjalankan ibadah haji.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @syfqhrzly di TikTok, awalnya kelihatan dua jemaah itu sedang duduk di tepi batu sebatang jalan sambil memerhatikan orang ramai yang lalu lalang di kawasan berkenaan.
Menurut kenyataan pada video berkenaan, mutawif yang terjumpa pasangan warga emas itu memaklumkan mereka rupanya sudah dua hari terkandas.
Tak makan dan minum, masih lengkap berihram
Apa yang lebih menyedihkan mereka juga tidak makan dan masih berpakaian ihram.
“Telefon dan duit tak ada, selipar putus. Mutawif bagi makanan, air dan selipar dia sendiri (kepada jemaah),” katanya dalam video tersebut.
Malah mutawif berkenaan turut menghantar pasangan berkenaan pulang ke hotel mereka dalam keadaan berkaki ayam sambil menarik kerusi tolak.
@syfqhrzly Sekecil pertolongan #fypageシ #fypシ゚viral #trending #foryoupage
♬ original sound – 𝐎𝐍𝐗𝐋𝐘𝐋𝐎𝐊𝐈 ★
Berjaya jumpa kumpulan semula selepas dihantar pulang ke hotel
Di ruang komen Syfhrzly memaklumkan warga emas itu akhirnya berjaya bersatu dengan kumpulannya semula selepas dihantar oleh mutawif ke hotel yang diinapnya.

Ramai puji mutawif bantu pasangan warga emas
Perkongsian video itu secara tidak langsung membuatkan ramai pengguna TikTok bersedih dan berterima kasih kepada mutawif kerana membantu mereka.
Tidak kurang juga ada yang memuji tindakan mulia mutawif berkenaan.
“Sebab orang Malaysia diajar bila tengok orang tua dalam kesusahan, pandanglah mereka sebagai ibu bapa kita”

“Terima kasih sudah membantu saudara kami, semoga Allah SWT balas segala kebaikan serta dipermudahkan segala urusan”

“Terbaik mutawif Malaysia! Moga murah rezeki menolong tak kira negara..”
