fbpx
Now Reading
Ramai Sebak & Gembira Lihat Ajak & Shahrol Berbaik Semula, Siap Minta Shiro Buat ‘Comeback’ [Video]

Ramai Sebak & Gembira Lihat Ajak & Shahrol Berbaik Semula, Siap Minta Shiro Buat ‘Comeback’ [Video]

Difahamkan, hubungan kedua-dua pelawak daripada kumpulan Shiro itu sebelum ini sedikit renggang susulan beberapa isu di antara mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

“Buang yang keruh, ambil yang jernih.”

Begitulah peribahasa yang indah kerap kali kita dengari yang membawa maksud apabila melakukan sesuatu kesilapan, segeralah meminta maaf dan membetulkan kesilapan yang dilakukan agar kedua-dua pihak tidak bermasam muka.

Agama Islam juga amat menitikberatkan umatnya untuk menjaga hubungan silaturahim sesama saudara seagama dan sebagainya.

Tular video Ajak dan Shahrol sudah berbaik semula

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial video yang menunjukkan dua pelawak terkenal iaitu Ajak dan Shahrol yang dilihat sudah berbaik semula setelah sekian lama mereka tidak muncul bersama.

Difahamkan, hubungan kedua-dua pelawak itu sebelum ini sedikit renggang susulan beberapa isu di antara mereka.

Tunjuk kembali kenangan hadiah di Raja Lawak dan MLM

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @shahrol.shiro, Ajak kelihatan sangat teruja sebaik memasuki sebuah bilik dipercayai pejabat Shahrol.

Malah, dia juga tersenyum lebar sebaik melihat dua bingkai gambar yang tergantung di dinding sebagai bukti kejayaan Shiro menjuarai program Raja Lawak musim ke-6 dan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018.

“Malam yang bermakna kita bercerita tentang sebuah kenangan yang tidak akan terpadam.

“Setiap saat bila terpandang sudut ini pasti terkenang sebuah perjalanan dua budak Kluang berkelana ke Kuala Lumpur mengejar impian.

“Setiap hubungan pasti ada ujiannya. Ujian itu adalah satu proses yang akan mematangkan sebuah perhubungan,” tulis Shahrol di dalam video.

Ucapan di dalam MLM bukan sekadar lafaz

Malah, Shahrol turut mengungkap kembali ucapanya di dalam sketsa MLM mengenai hubungan silaturahim.

“’Jika kuku panjang buang kuku bukan jarinya. Jika ada masalah, buang ego bukan silaturahimnya’, dialog tersebut bukan sekadar lafaz di dalam sketsa MLM tetapi dieksekusi secara reality.”

Shahrol Shiro
@shahrol.shiro

“Jika kuku panjang, buang kuku bukan jarinya. Jika ada masalah buang ego bukan silaturrahimnya” Dialog tersebut bukan sekadar lafaz didalam sketsa MLM tetapi dieksekusi secara realiti. Satu malam yang panjang mengimbau begitu banyak kenangan bersama yang tidak mungkin dilupakan selamanya 🥰 #Shiro #AkuBudakKluang #KeArahLebihBaik

♬ Semua Tentang Kita – NOAH

Ramai sebak siap minta kumpulan Shiro buat comeback

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut berasa sebak dan gembira melihat kedua-dua mereka sudah kembali berbaik semula.

Malah, mereka turut meminta agar Ajak dan Shahrol membuat penambilan semula ‘comeback’ dalam kumpulan Shiro kerana para peminat merindui mereka untuk beraksi bersama-sama di atas pentas.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.