Haram Ambil Komisen Tinggi Daripada Kutipan Derma Untuk Hidup Mewah – UAI
Pendakwah Ustaz Azhar Idrus berkata, ini kerana komisen yang diambil adalah dengan niat untuk mengaut untung semata-mata dan bukannya sebagai upah pengurusan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Pada zaman ini, pelbagai pihak mahupun individu telah melancarkan kutipan derma secara dalam talian bagi memudahkan orang ramai yang ingin menderma untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Ada sesetengah daripada mereka yang mengambil komisen ke atas kutipan derma itu sebagai upah pengurusan dan sebagainya.
Pun begitu, pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI menjelaskan bahawa haram hukumnya mengambil komisen yang tinggi hasil daripada kutipan derma demi hidup mewah.
Ambil sedikit komisen untuk upah pengurusan dibenarkan
Menurutnya, mengambil komisen hasil daripada kutipan derma terbabit bagi tujuan upah pengurusan adalah dibenarkan, namun bukanlah dengan jumlah yang banyak.
“Sebab itu kita tengok dalam kitab Dr Wahbah Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami, upah pengurusan itu sebenarnya kecil, 2 hingga 3% sahaja, atau 4% dibenarkan syarak,” katanya.
UAI berkata demikian selepas diajukan soalan mengenai perkara itu dalam satu majlis kuliyah Maghrib dan sesi soal jawab agama di sebuah masjid.
Ambil komisen terlalu tinggi dengan niat kaut untung adalah haram
Jelas UAI, sekiranya jumlah kutipan derma yang diterima mencecah RM100,000 dan komisen yang diambil sebanyak RM30,000 maka hukumnya adalah haram.
Menurutnya lagi, ini kerana komisen yang diambil adalah dengan niat untuk mengaut untung semata-mata dan bukannya sebagai upah pengurusan.
“Ikhlas itu paling penting, biar guna duit kita sendiri dan duit orang ramai untuk perkhidmatan. Kalau tidak kita makin sedap dan makin sedap (kaut untung) sampai lupa niat asal perbuatan (kutip derma) kita.
Beliau bagaimana berkata kenyataan yang diberikan olehnya itu tidak ditujukan kepada mana-mana individu mahupun badan bukan kerajaan (NGO), sebaliknya hanyalah sekadar contoh.