Individu Tak Puas Hati, Dakwa Restoran Denda RM5 Kerana Makan Bersepah
Individu tanpa nama itu menyifatkan harga RM55 yang dikenakan untuk makanan yang dipesannya adalah mahal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui restoran dan kedai makan merupakan salah satu tempat yang sering dikunjungi oleh orang ramai untuk menjamu selera.
Malah ada yang membawa keluarga ke kedai makan untuk makan bersama bagi mengeratkan silaturahim. Namun ada kalanya bila makan bersama anak kecil, pasti meja akan menjadi sedikit bersepah.
Individu luah tak puas hati kena denda RM5 sebab makan bersepah
Baru-baru ini, seorang individu yang tak dikenali telah meluahkan ketidakpuasan hatinya menerusi satu platform pertanyaan selepas didenda di sebuah restoran di ibu negara.
Menurut individu berkenaan, dia pertama kali terpaksa membayar denda sebanyak RM5 di sebuah kedai makan disebabkan makan bersepah.
Meskipun tidak menjelaskan secara terperinci, difahamkan keadaan itu berlaku disebabkan anak-anak yang makan itu berusia bawah 2 tahun..
Sifatkan harga makanan dipesan mahal, nak buat laporan KPDN kerana didenda sepah
Malah dalam kenyataan itu individu berkenaan turut menyifatkan harga dikenakan di kedai tersebut adalah mahal.
“Kailan ikan masin, telur dadar, siakap 3 rasa RM55. Tak ada tomyam. Mahal nak m**p*s. Kena denda lagi,” tulisnya.
Dalam luahan yang sama dia turut mendedahkan lokasi kedai makan berkenaan terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Selain itu dia juga bertanya adakah perkara itu boleh dilaporkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) kerana mengenakan denda atas alasan membuat sepah.
Ramai pertama kali dengar ada denda sebab makan bersepah
Melihat di ruangan balas, terdapat individu yang meletakkan QR kod untuk individu terbabit membuat laporan secara terus menerusi aplikasi WhatsApp serta langkah-langkahnya.
Malah ada yang meminta agar individu berkenaan untuk membuat pemeriksaan adakah denda itu dinyatakan dalam resit pembayaran.
Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi di kalangan orang ramai. Ini kerana ada yang bersetuju individu berkenaan dikenakan denda, malah dia sepatutnya membersihkan meja sekiranya ia disepahkan oleh anak sendiri.
Ada juga yang merasakan harga makanan yang dipesan juga tidak mahal kerana individu tersebut memesan ikan yang kebiasaannya berada dalam ‘range’ harga berkenaan.
Tudia. Cmni pun kena denda pic.twitter.com/FSjWLVcEHj
— 🔺meingl🔻 (@meinmokhtar) June 19, 2024