fbpx
Now Reading
Pemilik McLaren Dipuji, Tak Sombong Siap Bantu Lelaki Ini Ambil Gambar Bersama Keretanya [Video]

Pemilik McLaren Dipuji, Tak Sombong Siap Bantu Lelaki Ini Ambil Gambar Bersama Keretanya [Video]

Lelaki berkenaan pada awalnya tidak tahu bahawa wanita yang mengambil gambarnya bersama McLaren 720S itu adalah pemilik kereta mewah terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap manusia pasti mempunyai impian untuk memiliki sesuatu yang mereka idamkan, namun tidak semua orang dikurniakan untuk mendapatkannya.

Bagaimanapun, ada juga orang yang sekadar meminati sesuatu barangan itu tanpa menanam impian untuk memilikinya.

Sebagai contoh, segelintir orang yang meminati kereta-kereta mewah, melihat di depan mata atau mengambil gambar sudah memadai untuk mereka berasa gembira.

Pemilik McLaren 720S bantu lelaki ambil gambar bersama keretanya

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang pemilik ‘supercar’ McLaren 720S telah membantu seorang lelaki mengambil gambar bersama kereta mewahnya itu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @sitinaqiahfami, kelihatan lelaki terbabit berada di sebelah McLaren 720S berwarna kuning itu ketika pemilik kenderaan mengambil gambarnya.

Wanita berkenaan kemudiannya mengembalikan telefon bimbit milik lelaki terbabit dan terus menuju ke keretanya itu.

Lelaki terbabit seolah tak menyangkan, wanita berkenaan adalah pemilik kereta

Sebaik sahaja pintu kereta dibuka, lelaki berkenaan kembali ke arah wanita itu dengan reaksi terkejut kerana tidak menyangka bahawa individu yang mengambil gambarnya itu adalah pemilik kenderaan terbabit.

Malah, wanita berkenaan yang juga pemilik akaun TikTok ini menyatakan lelaki terbabit terus bertanya sekiranya kereta tersebut adalah kepunyaannya.

“Bila disuruh tangkapkan gambar. Ada juga ‘paparazzi’ perasan dan rekod dari jauh,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@sitinaqiahfami

Bila disuruh tangkapkan gambar😍. Ada juga paparazi Muhammad Yusuf Zakaria perasan rekod dari jauh haha. sitcomNadi nadilegacyconsultancy takaful greateasterntakaful medicalcardterbaik parttime fulltime agentgreateastern agenttakaful kerjaya aia fwd prudential mclaren 720s supercar

♬ original sound – Siti Naqiah Fami – Siti Naqiah Fami

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video terbabit.

Kebanyakan netizen juga dilihat memberi pujian terhadap wanita berkenaan kerana tidak sombong untuk mengambil gambar orang lain bersama keretanya yang bernilai jutaan ringgit.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.