Gelagat Pelajar Sertai Program ‘Burung Hantu’ Sewaktu Perkhemahan Di Sekolah Buat Ramai Terhibur [Video]
Menerusi video tersebut, kedengaran para guru turut menyamar dengan membuat suara seperti hantu dan menjadi tukang kacau untuk menganggu pelajar berkenaan dalam program tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap yang melalui zaman persekolahan pasti pernah menyertai program perkhemahan atau jati diri yang dianjurkan pihak sekolah mahupun badan beruniform.
Tidak kurang juga ada yang menyertai organisasi di luar untuk mendapatkan pengalaman dalam program berkenaan.
Setiap kali program ini dijalankan pasti akan terdapat sesi wajib yang akan menguji minda, kesabaran dan keberanian pelajar antaranya adalah ‘Burung Hantu’ atau night walk.
Gelagat pelajar ketika sesi Burung hantu curi perhatian
Perkara sama turut dilakukan oleh sebuah sekolah apabila mereka mengadakan sesi Burung Hantu kepada para pelajar yang menyertai satu program perkhemahan.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh Aishah Sa’adah yang juga dipercayai seorang guru, awalnya kelihatan semua pelajar ditutupkan mata dengan kain.
Mereka kemudian diberikan satu tali rafia yang panjang untuk dipegang, manakala orang depan akan membawa ahli kumpulan ke beberapa tempat.
Guru turut terlibat sebagai tukang kacau, siap buat suara hantu
Aktiviti ini tidak hanya melibatkan pelajar sebaliknya para guru juga akan terlibat apabila mereka perlu menjadi ‘hantu’ atau tukang kacau untuk menganggu peserta.
Namun apa yang menarik perhatian, mereka turut membuat suara seperti hantu, mencuit, melibas daun secara pelahan dan banyak lagi.
Mungkin takut dengan situasi itu, kedengaran segelintir para pelajar membaca ayat-ayat suci al-Quran agar ‘hantu’ berkenaan tidak menganggu ahli kumpulannya.
Ada juga yang kakinya dipegang sehingga menyebabkan ahli kumpulan lain terpaksa menunggu kerana tak boleh berjalan seperti biasa.
Kaki melekat menyebabkan pelajar sukar bergerak
“Sepak jelah,” kata seorang pelajar. Namun pelajar yang kakinya dipegang mengatakan kaki itu sudah melekat.
“Kaki aku melekat tahu tak? Macam mana nak sepak,” kata pelajar lelaki berkenaan.
Ramai imbau kenangan lama ketika sekolah
Meskipun ia sekadar program di sekolah kelihatan para guru turut terhibur dengan gelagat para pelajar.
Mengintai di ruangan komen, ramai yang turut terhibur melihat reaksi pelajar berkenaan. Malah ada yang turut mengimbau kenangan mereka yang pernah terbabit dengan program seperti itu.