fbpx
Now Reading
“Anak Melayu Beraksi” – Lelaki Indonesia Berpantun Selepas Bayar Bil Elektrik Buat Ramai Terhibur [Video]

“Anak Melayu Beraksi” – Lelaki Indonesia Berpantun Selepas Bayar Bil Elektrik Buat Ramai Terhibur [Video]

Lelaki dari Langkat, Sumatera Utara terbabit dilihat menggunakan pantun dalam setiap perbualannya sehingga berlalu pergi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pantun merupakan sebuah puisi tradisional yang mula diperkenalkan oleh masyarakat Melayu sejak dahulu lagi.

Pantun terdiri daripada dua atau empat baris serangkap, empat perkataan sebaris dan mempunyai rima seperti a, b, a, b.

Di Malaysia, kebanyakan pantun hanya akan digunakan bagi majlis yang berkaitan dengan adat seperti majlis merisik atau pertunangan atau pembuka kata bagi sesuatu ucapan di majlis keramaian.

Lelaki melayu Indonesia guna pantun selepas bayar elektrik

Bagaimanapun, lain pula yang dilakukan oleh seorang lelaki Melayu dari Langkat, Sumatera Utara, Indonesia ini apabila menggunakan pantun ketika melakukan urusan pembayaran.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @my.sembiring, lelaki terbabit menggunakan pantun selepas membuat pembayaran bil elektrik.

Tindakannya itu menyebabkan penjaga kaunter pembayaran elektrik wanita yang dikenali sebagai Maya berasa terhibur.

“Beginilah kalau pelanggannya anak Melayu, nak bayar (bil) elektrik pun pakai pantun,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Lelaki guna pantun dalam setiap apa yang ingin dicakap

Lelaki terbabit dilihat menggunakan pantun dalam setiap apa yang ingin disampaikannya kepada Maya sebelum berlalu pergi.

“Bukan batang sebarang batang, batang kami terbang burung gelatik, bukan datang sebarang datang, saya datang untuk membayar elektrik.

“Sudah tari ke Tanjung Pura, jalan tuan di kala pagi, saya ucapkan terima kasih kepada buk Maya, bulan depan saya bayar lagi.

“Burung liar terbang ke Cenderawasih, cukup sekian terima kasih.

“Mas Taufik orangnya gagah, kalau berjalan pakai sepatu, Wabilahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,” pantun lelaki terbabit.

Pantun-pantun yang diberikan oleh lelaki terbabit menyebabkan Maya tidak kering gusi tertawa mendengarnya.

Orang ramai terhibur, puji lelaki berkenaan mahir dalam memberi pantun

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut terhibur melihat telatah lelaki terbabit menyampaikan pantun.

Tidak hanya itu, kebanyakan orang juga memuji lelaki berkenaan kerana begitu fasih dan mahir dalam berpantun secara spontan tanpa perlu berfikir dahulu.

Malah, ada juga yang meminta agar Maya merakam lagi pantun yang akan diberikan oleh lelaki tersebut pada bulan hadapan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.