fbpx
Now Reading
“Diorang Pergi Ratu Cantik Ke?” – Fesyen Jemaah Haji Indonesia Ketika Pulang Ke Tanah Air Jadi Perhatian [Video]

“Diorang Pergi Ratu Cantik Ke?” – Fesyen Jemaah Haji Indonesia Ketika Pulang Ke Tanah Air Jadi Perhatian [Video]

Menerusi video tersebut, ada jemaah haji wanita menggayakan tudung hingga menampakkan bahagian leher dan sebahagian rambut mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui umat Islam di seluruh dunia baru sahaja selesai menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah yang jatuh pada Isnin (17 Jun) lalu.

Buat mereka yang berpeluang menunaikan ibadah haji di Mekah, ada segelintir yang telahpun pulang ke tanah air masing-masing pada minggu ini.

Bagi kebanyakan orang, kepulangan ini pastinya memberi kebaikan atau perubahan yang positif buat individu itu sendiri.

Namun, lain pula dengan segelintir jemaah haji dari negara seberang yang dilihat seakan-akan tidak mencerminkan diri mereka yang baru pulang dari menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Pulang Ke Tanah Air Dengan Pelbagai Fesyen

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @ahmadfatwajatier, kelihatan beberapa jemaah haji di Makassar, Indonesia telah selamat pulang dari menunaikan ibadah tersebut.

Melalui video berkenaan, kepulangan mereka itu disambut oleh beberapa orang yang dipercayai ahli keluarga serta kakitangan lapangan terbang Sultan Hasanuddin Makassar.

Apa yang menjadi perhatian adalah segelintir daripada jemaah haji wanita itu dilihat mengenakan pakaian seperti dress pengantin yang penuh dengan hiasan manik seperti lace dan barang kemas.

Malah, ada juga yang menggayakan tudung hingga menampakkan bahagian leher dan sebahagian rambut mereka.

Mereka juga turut kelihatan gembira dan melambai-lambai kepada orang sekeliling sebaik sahaja turun daripada pesawat serta berjalan seperti seorang model dalam sebuah pertunjukan fesyen.

Segelintir daripada mereka turut dilihat berdiri sambil menggayakan baju yang dipakai untuk dirakam oleh jurugambar berhampiran.

Video itu turut mendapat perhatian pengguna TikTok di Malaysia hingga ia turut dikongsi semula dan ada yang berseloroh mereka ini telah pulang dari majlis makan malam.

Pengguna TikTok Kecewa Lihat Fesyen Yang Digayakan

Video yang mendapat tontonan 4.2 juta itu nyata menarik perhatian pengguna TikTok. Rata-rata daripada mereka terkejut dan tidak menyangka segelintir jemaah haji itu menggayakan fesyen sedemikian.

Bagi mereka, jemaah haji tersebut seharusnya menggayakan fesyen yang lebih sopan sesuai dengan kepulangan mereka yang baru menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Malah, ada pengguna TikTok dari Malaysia yang turut membandingkan jemaah haji tempatan dengan jemaah haji di negara seberang itu.

Bagi mereka, jemaah haji Malaysia dilihat lebih sopan dan tidak berlebih-lebihan sebaik sahaja selesai menunaikan ibadah tersebut.

Gayakan Baju Glamour Setelah Pulang Dari Ibadah Haji Adalah Budaya

Memetik detik.com, Kementerian Agama Sulawesi Selatan menjelaskan jemaah haji yang menggayakan pakaian sedemikian sebaik pulang ke tanah air merupakan satu budaya masyarakat Sulawesi Selatan.

Walaupun telah diberi peringatan untuk tidak berlebihan dalam menggayakan fesyen dan hanya mengenakan pakaian batik, namun ia tidak dapat dihalang kerana telah menjadi tradisi masyarakat di sana.

Ia sebagai tanda kebanggaan jemaah dan bukti kepada keluarga bahawa mereka telah selesai menunaikan ibadah haji.

Berikut merupakan antara komen pengguna TikTok:

“Adakah Title Haji Atau Hajah Diorang Ini Macam Dapat Title Dato Datin? Kemain Fesyen Menyala”

“Alhamdulillah Jemaah Haji Malaysia Kalau Perempuan Saat Turun Pesawat Masih Tertutup Rapi Auratnya, Tak Nampak Leher”

“Sedih Tengok, Patutnya Balik Dari Mekah Jadi Lebih Baik Dari Sebelumnya”

“Susah Mahu Tukar Pemikiran Mereka, Cakaplah Apa Pun”

“Jemaah Haji Malaysia Terbaik, Pergi Macam Tu, Balik Pun Macam Tu Juga”

“Diorang Pergi Ratu Cantik Ke?”

Baca Artikel Berkaitan: Jemaah Haji Indonesia Didakwa Jual Rojak Di Tanah Suci Undang Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Joget Depan Kaabah? Lelaki Indonesia Kecewa Sikap Negatif Segelintir Jemaah Haji Dari Negaranya [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.