fbpx
Now Reading
“Jangan Terlibat Dengan Dadah, Alkohol & Rokok” – Lelaki Singlet Putih Beri Nasihat Kepada Anak Muda [Video]

“Jangan Terlibat Dengan Dadah, Alkohol & Rokok” – Lelaki Singlet Putih Beri Nasihat Kepada Anak Muda [Video]

Inthiran yang sebelum ini terkenal dengan panggilan lelaki singlet putih itu juga menasihati orang ramai agar elakkan diri daripada berkawan dengan rakan-rakan yang negatif.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lelaki singlet putih yang sebelum ini tular video pergaduhannya bersama seorang peniaga kedai runcit di Pulau Pinang dengan sekelip mata menjadi seorang influencer dikenali ramai.

Itulah rezeki yang dimiliki Inthiran, 39, apabila kesan terhadap videonya ‘one by one gentlemen’ yang tular itu telah mengubah kehidupannya.

Kini, wajah Inthiran kerap kali dilihat di media sosial terutamanya TikTok dalam mempromosikan kedai-kedai makan seperti Pak Mat Western dan banyak lagi.

Lelaki singlet putih beri nasihat kepada anak muda

Terbaharu, Inthiran menerusi satu temu bual bersama pusat gimnasium Grand Empire di Bukit Tinggi, Pahang telah memberi nasihat kepada anak muda untuk tidak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti negatif yang boleh membinasakan diri.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @thiran1040, dia menasihati anak muda di Malaysia agar tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah, alkohol dan rokok.

“Anak-anak muda perlulah bekerja keras untuk mengharumkan nama keluarga, masyarakat dan negara. Anak-anak muda adalah harapan negara pada masa akan datang,” katanya.

Inthiran akui kesalah salah pilih rakan, nasihat orang ramai agar tidak melakukannya

Menurutnya lagi, dia turut menasihati orang ramai agar mengelak daripada berkawan dengan rakan-rakan yang negatif seperti mengajak untuk menghisap rokok.

Inthiran mengakui kesalahan sedemikian telah dilakukan olehnya sebelum ini apabila rakan-rakannya sering mengajaknya untuk meminum minuman keras.

“Selepas ini saya memang tak nak campur (berkawan) dengan kawan-kawan macam ini (ajak minum arak), jadi saya nak kembali seperti asal.

“Selepas ini saya ingin pergi ke gimnasium, bersukan, dan meneruskan kehidupan (seperti dahulu),” katanya lagi.

Inthiran miliki diploma dalam bidang Logistic and Supply Chain dengan CGPA 3.73

Berkongsi mengenai latar belakangnya pula, Inthiran dilahirkan dan membesar di Pulau Pinang selain memiliki sijil diploma dalam bidang Logistic and Supply Chain di Politeknik Seberang Perai dengan CGPA 3.73.

Anak jadi Pulau Pinang itu sememangnya minat dalam aktiviti-aktiviti sukan dan seni mempertahankan diri seperti Karate, bermain gimnasium, tracking serta banyak lagi.

@thiran1040 Thanks to @Gym Bukit Tinggi to encourage me stay healthy #stayfit #stayhealthy #saynotodrugs #saynotoalcohol@alzaynbistro @Los Sos ♬ original sound – 🅸🅽🆃🅷🅸🆁🅰🅽⚓️🕺🏿🎶

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Ada Black Belt Karate, Kalau Tak Mabuk Mesti Itu Orang Sudah Kena” – Lelaki Singlet Putih [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Lelaki Singlet Putih Kongsi Latihan Karate Siap Pakai Black Belt? [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.