fbpx
Now Reading
“Biar Lambat, Asal Selamat” – Gelagat Comel Ibu Bawa Go-Kart Perlahan Bikin Ramai Berdekah [Video]

“Biar Lambat, Asal Selamat” – Gelagat Comel Ibu Bawa Go-Kart Perlahan Bikin Ramai Berdekah [Video]

Menerusi video turut kelihatan si ibu, sempat melambai-lambaikan tangannya ketika memandu go-kart di hadapan perakam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aktiviti bersama keluarga merupakan perkara yang perlu dilakukan untuk mengeratkan silaturahim.

Malah ia juga membuatkan hubungan sesebuah kekeluargaan itu menjadi lebih akrab dan mesra antara satu sama lain.

Sekeluarga main go-kart, gelagar ibu jadi perhatian

Perkara sama turut dilakukan oleh sebuah keluarga ini apabila telah berkunjung ke Xpark Port Dickson, Negeri Sembilan tempat untuk bermain go-kart bersama-sama.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah gelagat comel si ibu sewaktu membawa kenderaan tersebut.

Kelihatan 3 kereta go-kart meluncur laju seperti sedang berlumba

Menerusi video yang dimuat naik oleh Juwita di TikTok, awalnya kelihatan beberapa anggota keluarga telah bermain go-kart.

Malah turut kelihatan tiga kereta go-kart bergerak dengan laju sewaktu meluncur di trek berkenaan yang dibawa oleh anak muda yang dipercayai di kalangan adik-beradik.

Si ibu bawa kereta go-kart perlahan seperti bersiar-siar, siap melambai-lambai

Namun tidak lama kemudian kelihatan sebuah lagi kereta go-kart, yang dipandu oleh seorang wanita yang juga ibu kepada anak muda terbabit berjalan dengan perlahan.

Malah perakam turut menyunting video tersebut dengan memasukkan lagu aiskrim ‘paddle pop’ kerana kelihatan si ibu jalan seperti bersiar-siar.

Ini kerana, permainan go-kart kebiasaannya dibawa dengan laju tetapi gelagat si ibu yang bersahaja seolah-olah tidak kisah untuk berlumba.

Bukan hanya itu, sebaik melalui di depan perakam, si ibu sempat melambai-lambai tangannya.

Ramai terhibur lihat gelagat comel si ibu

Mengintai di ruangan komen, ramai yang turut terhibur melihat gelagat comel si ibu. Ada yang turut bergurau mengatakan mereka sudah melajukan ‘speed’ video tersebut agar si ibu dilihat memandu dengan laju.

Ada juga mengatakan yang biar lambat asal selamat kerana ini kebiasaannya kata-kata yang sering dikeluarkan oleh seorang ibu.

Menerusi penilitian kami, video tersebut telah dimuat naik pada 18 Jun lalu namun menjadi tular di X pada baru-baru ini.

Menurut Juwita video tersebut adalah sewaktu mereka sekeluarga ke Xpark pada tahun lalu.

“Siap melambai-lambai lagi tangan mak tu ya”

“Argh comel, ya rabbi berdekah gelak”

“Kak saya dah tekan 2X jadi ibu akak dah speed power dah tu. Kalau ada 3X speed tu confirm dah power”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.