
Kenyataan MP Lumut “Tekan Ubat Kuat, Keluar Benda Itu” Semasa Di Parlimen Raih Perhatian Ramai [Video]
Kenyataan terbabit telah membangkitkan persoalan MP Jelutong, Sanisvara Nethaji Rayer Rajaji bagaimana iklan berkenaan boleh ada di dalam Facebook milik MP Lumut, Nordin Ahmad Ismail.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Masalah kandungan pornografi atau lucah di internet terutamanya di platform-platform media sosial bukanlah sesuatu isu yang baru, bahkan masih berlaku sehingga kini.
Apa yang lebih membimbangkan, kandungan-kandungan sebegini mudah diakses oleh orang ramai terutamanya golongan muda yang mahir dalam mengendali peranti mudah alih.
Tidak dinafikan, kerajaan Malaysia memandang serius dengan perkara ini dan berusaha untuk membendungnya.
Kenyataan MP Lumut ‘tekan ubat kuat, keluar benda itu’ curi tumpuan ramai
Terbaharu klip video perbahasan mengenai isu pornografi turut tular di media sosial. Ini selepas Ahli Parlimen Lumut, Nordin Ahmad Ismail membangkitkannya di Dewan Rakyat.
Menerusi perkongsian klip video yang dimuat naik di akaun X Jason Yew, Nordin mendakwa kandungan pornografi di Facebook masih lagi berleluasa apabila iklan ubat kuat yang keluar di akaun miliknya mempunyai link yang mengandungi bahan lucah.
“Soalan saya itu lebih kepada video pornografi ini walaupun tindakan oleh kementerian kata dah buat dah diturunkan tapi kalau dibuka benda itu contoh dalam Facebook, masih lagi berleluasa. Pornografi percuma sahaja tengok benda itu.
Tekan ubat kuat, keluar benda itu. Itu yang berbahaya kepada gejala yang menjadi cabarannya adalah punca gejala sosial yang semakin membarah. So semoga Allah SWT menjauhi kita daripada gejala ini.Nauzubillahiminzalik,” kata Nordin.
MP Jelutong persoal bagaimana boleh iklan sedemikian boleh keluar di Facebook Nordin
Kenyataan terbabit telah membangkitkan persoalan Ahli Parlimen Jelutong, Sanisvara Nethaji Rayer Rajaji bagaimana iklan berkenaan boleh ada di dalam Facebook milik Nordin.
“Kalau kita tak tekan, memang benda itu (pornografi) tidak akan wujud, jadi adakah pihak Suruhanjaya Komunikasai dan Multimedia (MCMC) akan memberi kuliah supaya jangan pergi cari benda-benda ini dan ubat kuat seks” kata Sanisvara.
Pun begitu, Nordin menafikannya dan mendakwa bahawa iklan berkenaan bukanlah dicari olehnya, namun muncul dengan sendirinya di dalam Facebook.
“Ini bukan (saya) cari ya, dia keluar sendiri. Saya tak ada masalah seks.”
MP Lumut, Nordin Ahmad Ismail
"Bukan cari, dia sendiri keluar" – Lumut pic.twitter.com/WC5fPwiHlA
— Jason Yew (@jasonyew) June 27, 2024
Ramai setuju benda itu tidak akan muncul jika tidak dicari
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju bahawa perkara berkenaan tidak akan muncul sekiranya tidak dicari.
Malah, mereka menyatakan konten-konten sedemikian akan muncul berdasarkan algoritma (algorithm) mengikut apa yang sering dilayari atau ditonton oleh pemilik akaun.
Tidak hanya itu, ada juga yang berseloroh dengan meminta agar pihak MCMC membuat satu program kesedaran tentang cara menggunakan media sosial yang betul.
Lain kali harap Lumut clear cache dulu barulah tak jumpa benda pelik-pelik ini tak dah dia cari benda yang pelik-pelik maka algorithm content yang pelik-pelik la disajikan😆Kalau biasa search ubat kuat maka iklan ubat kuat la selalu keluar😁
— Mandalorian1605 (@mandalorian1605) June 27, 2024
kahkahkah. dah ko cari benda tu dekat Google ke shoppee. memang lah keluar. algorithm kan
— Pejuang Sepi (@ruhul_jadid) June 27, 2024
Haha nampak gaya mcmc kena buat program kesedaran cara guna media sosial, elak search, clear cache etc. Letih lah mp mcm ni
— Meiiijy Test (@meiji_tobbasai) June 27, 2024
Tekan ubat kuat, keluar pornografi….dia punya algorithm dengan search history pasti menarik.
— DengarKata (@dengar_kata) June 27, 2024
Mp pas x pernah dgr kot perkataan algorithm?
— Benjamin Setanyahoo (@MaulenaGroot) June 27, 2024
Ungkapan ‘tekan ubat kuat, keluar benda itu’ akan kekal selamanya
Kenyataan yang dikeluarkan MP Lumut ini akan kekal sampai bila-bila memandangkan ianya telah direkodkan di dalam Hansard Parlimen.
Apakah Hansard? Hansard adalah transkrip perbahasan di Parlimen yang akan mencatatkan segala kenyataan yang dikeluarkan Ahli Dewan Negara atau Ahli Parlimen sepanjang sesi di Parlimen.
Malah, segala reaksi seperti ketawa atau pergerakkan akan direkodkan. Istilah Hansard ini diambil sempena nama pencetak parlimen British iaitu Thomas Curson Hansard.