fbpx

Bagi Rasa Durian Terus Berhenti Nangis, Telatah Bayi Ini Buat Ramai Terhibur [Video]

Bapa kepada bayi berkenaan menyatakan anaknya itu tidaklah memakan seulas buah tersebut, sebaliknya hanya menghisap untuk mendapatkan rasanya sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, durian merupakan antara buah-buahan tempatan yang paling popular dan digemari ramai.

Bahkan, kebanyakan pelancong-pelancong luar negara yang datang ke Malaysia turut meletakkan durian di dalam senarai ‘wish list’ makanan yang perlu dicuba.

Selain itu, segelintir kanak-kanak juga menggemari buah durian ini kerana rasanya yang manis serta berlemak.

Tular bayi 8 bulan berhenti menangis selepas rasa buah durian

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial telatah seorang bayi berusia lapan bulan yang berhenti menangis serta-merta setelah disuap seulas buah durian.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @owenuzair289, bayi terbabit pada awalnya dilihat sedang menangis sambil didukung oleh bapanya.

Bagaimanapun, ketika diberi rasa seulas buah durian oleh ibunya, bayi berkenaan terus berhenti menangis dan menghisap buah terbabit.

Bayi sambung menangis selepas buah durian diambil dari mulut

Apa yang mencuit hati, bayi itu kemudiannya kembali menangis setelah buah berkenaan diambil dari mulutnya.

“Anak saya menangis, nak tahu apa ubat dia? Haa itu ubat dia, adui mahal ubat kau ni dik,” kata bapanya itu.

Jelas, bayi berkenaan sangat menggemari rasa buah durian meskipun umurnya belum mencapai usia setahun.

Bukan makan seulas, bayi hanya hisap buah durian

Difahamkan, bapa kepada bayi berkenaan menyatakan anaknya itu tidaklah memakan seulas buah tersebut, sebaliknya hanya menghisap untuk mendapatkan rasanya sahaja.

“Video ini sudah empat hari, anak saya hanya hisap buah durian itu sahaja dan tak makan seulas pun, Alhamdulilah dia tak demam dan tak panas,” katanya.

Buah durian yang diberikan kepada bayi tersebut merupakan jenis IOI yang berharga RM25 untuk sekilo di Bukit Jugra Banting, Kuala Langat.

@owenuzair289

Tell me youre having a malaysian son , Without tellling me youre a malaysian son! Ill go first!! #durian #hargadurian

♬ original sound – AmirKatMana? – OwenUzair289

Ramai terhibur lihat telatah bayi itu

Mejengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat telatah bayi berkenaan yang sangat menggemari buah durian.

Malah, segelintir ibu bapa juga berkongsi pengalaman mereka sedemikian apabila memiliki anak yang juga suka akan rasa ‘raja buah’ itu.

Untuk info, selain Malaysia, buah durian juga popular di negara Asia Tenggara yang lain seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan juga Thailand.

Buah durian terdapat pelbagai jenis dan antara yang popular di negara ini adalah Durian Kampung, Musang King, Duri Hitam (Black Thorn), Udang Merah, Tekka dan IOI.

Bagaimanapun, durian bukanlah sesuatu yang boleh didapati pada bila-bila masa sahaja kerana ia berbuah secara bermusim.

Berikut komen yang diberikan netizen:

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.