fbpx
Now Reading
“Jahat Bola Dia” – Ramai Terkejut Lihat Tok Ram Rupanya Hebat Main Snuker [Video]

“Jahat Bola Dia” – Ramai Terkejut Lihat Tok Ram Rupanya Hebat Main Snuker [Video]

Tok Ram bermain snuker dalam kejohanan Celebrities Snooker Tournament 2.0 DJ Snooker Academy, Senawang, Negeri Sembilan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama Datuk Ramli M.S sememangnya tidak asing lagi di Malaysia, siapa sahaja yang tidak kenal dengan komposer dan pemuzik terkenal ini.

Beliau yang juga dikenali sebagai Tok Ram merupakan salah seorang juri tetap bagi program nyanyian Gegar Vaganza di Astro.

Tidak perlu bercerita banyak, pasti ramai orang sudahpun mengenali Tok Ram dalam industri muzik bukan? Namun tahukah anda bahawa bekas pengetua Akademi Fantasia musim ke-2 dan ke-6 ini juga handal bermain snuker.

Tular kemahiran Tok Ram main snuker

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan aksi Tok Ram bermain snuker dalam kejohanan Celebrities Snooker Tournament 2.0 di DJ Snooker Academy, Senawang, Negeri Sembilan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @immortal_cue, kelihatan Tok Ram begitu fokus malah mahir ketika sedang bermain snuker.

Pukulan bola tepat masuk ke lubang

Apa yang menakjubkan, setiap pukulan bola yang dibuat oleh Tok Ram tepat pada sasaran dan memasuki lubang tanpa memberi ruang kepada pemain lawan.

“Patutlah ‘champion’, tengok bola pun dah tahu, jahat bola dia,” tulis pemilik video.

Pun begitu, ketika bola berbaki lagi tiga biji, pukulan Tok Ram pada bola kiu (putih) ternaik ke atas menyebabkan ia melompat keluar daripada meja snuker terbabit.

Tok Ram jadi juara kalahkan Black Wings

Difahamkan, Tok Ram berjaya menjuarai pertandingan terbabit selepas mengalahkan Black Wings di pusingan akhir.

Selain Tok Ram dan Black Wings, terdapat beberapa artis lain yang turut menyertai pertandingan terbabit seperti Johan Raja Lawak, Zul Ariffin dan banyak lagi.

Ramai teruja dan terkejut dengan kehebatan Tok Ram

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial kagum dan terkejut melihat kehandalan Tok Ram bermain snuker.

Tidak hanya itu, ada juga segelintir orang yang mendakwa selebriti veteran itu telah lama bermain snuker sejak di usia muda.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.