fbpx

Zahirah Macwilson Ditegur PHM Kerana Sanggup Merokok Demi Bawa Watak

Namun, menurut Saniboey, rokok yang dihisap oleh Zahirah merupakan rokok palsu yang tidak mengandungi kandungan nikotin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di platform X perkongsian video sedutan drama Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu oleh penerbit eksekutif drama, Datuk Saniboey Mohd Ismail.

Melalui video tersebut, kelihatan babak di antara pelakon utamanya Zahirah Macwilson dan Aloy Paradoks.

Apa yang menjadi perhatian adalah Zahirah dilihat bersahaja menghisap dan menghembuskan asap rokok dalam adegan tersebut.

Menurut Saniboey menerusi ciapannya, Zahirah bukanlah seorang perokok namun demi menjayakan watak itu, pelakon wanita berkenaan berjaya melakukannya dengan baik.

Malah, menerusi ciapan balasnya, dia mengiyakan ciapan seorang pengguna yang mengatakan rokok yang dihisap oleh Zahiran merupakan rokok palsu yang tiada kandungan nikotin.

Ciapan itu mengundang pelbagai reaksi dari pengguna media sosial yang rata-rata terkejut hingga ada segelintir berpendapat isteri kepada pelakon Aiman Hakim Redza itu tidak sepatutnya berbuat sedemikian.

Ini kerana walaupun rokok yang digunakan bukanlah rokok sebenar namun akan memberi imej dan membawa pengaruh yang tidak baik kepada yang melihat.

Public Health Malaysia Tegur Lakonan Zahirah, Jadikan Industri Drama Korea Sebagai Contoh

Lakonan Zahirah turut mendapat perhatian daripada Public Health Malaysia (PHM) yang tampil memberi teguran dan berpendapat pelakon cantik itu tidak perlu melakonkan babak sedemikian.

Malah, PHM menerusi hantaran di Facebook rasmi mereka menjadikan industri drama Korea (k-drama) sebagai contoh yang perlu diikuti oleh penggiat seni tanah air.

“Kejayaan industri K-Drama di Korea Selatan merupakan fenomena budaya dan ekonomi yang hebat, ia didorong oleh produksi yang berkualiti, lakonan yang berkesan serta menggunakan tema universal yang menarik untuk tontonan seisi keluarga.

“Apa yang menarik, produksi Korea telah mengharamkan sama sekali adegan merokok dalam drama.

“Ini membuktikan, untuk menghasilkan satu hasil produksi yang hebat dan lakonan yang berimpak tinggi, TIDAK PERLU menggunakan asap rokok pun.

“Agak menyedihkan situasi di Malaysia, apabila pelakon Zahirah Macwilson perlu melakonkan watak seorang wanita yang merokok, walaupun beliau sendiri bukan perokok dan membenci tabiat tersebut,” tulis PHM.

Saran Pelakon Untuk Katakan Tidak Kepada Rokok

Tegas mereka lagi, pelakon dan penggiat seni tanah air seharusnya tegas dalam mempertahankan prinsip serta meletakkan sempadan dalam menghasilkan karya mereka.

“Berani untuk katakan TIDAK kepada adegan merokok, demi untuk kesihatan anda sendiri dan untuk masyarakat.

“Jangan dipergunakan oleh industri tembakau untuk menjadi promoter produk merokok kepada masyarakat. Anda lebih bernilai dari itu,” tulis mereka lagi.

Kejayaan industri K-Drama di Korea Selatan merupakan fenomena budaya dan ekonomi yang hebat , ia didorong oleh produksi…

Posted by Public Health Malaysia on Monday 1 July 2024

Bahaya Merokok Kepada Kesihatan

Berdasarkan portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), merokok merupakan satu perbuatan merbahaya yang bukan sahaja memberi kesan kepada diri sendiri malah kepada orang sekeliling.

Ini kerana rokok mempunyai kandungan bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan antaranya seperti:

  • Tar (yang digunakan untuk membuat jalan raya)
  • Nikotin (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)
  • Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
  • DDT (Ubat nyamuk)
  • Napthylamine (ubat gegat)
  • Kadmium (bahan yang terdapat dalam bateri
  • Arsenik (racun anai-anai)

Amalan merokok perlu dihentikan segera kerana ia boleh menyebabkan penyakit berbahaya antaranya seperti:

  • Barah (paru-paru, payudara dan mulut)
  • Penyakit jantung
  • Angin ahmar atau strok
  • Penyakit paru-paru (penyakit lelah, bronchitis)
  • Penyakit mulut dan gusi
  • Ulser (perut)
  • Kemandulan

Baca Artikel Berkaitan: Uncle Ini Kongsi Hilang Peti Suara Kerana Merokok [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Terlibat Dengan Dadah, Alkohol & Rokok” – Lelaki Singlet Putih Beri Nasihat Kepada Anak Muda [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.