fbpx
Now Reading
“Anugerah Terindah”- 11 Tahun Menanti, Akhirnya Pasangan Dikurniakan Cahaya Mata [Video]

“Anugerah Terindah”- 11 Tahun Menanti, Akhirnya Pasangan Dikurniakan Cahaya Mata [Video]

Menurut Linda, dia dan suami telah menunggu kehadiran cahaya mata selama 11 tahun dan ia adalah anugerah paling terindah buat mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tak dinafikan hampir semua pasangan yang berkahwin ingin memiliki cahaya mata. Kata orang anak juga merupakan pengikat kasih sayang sesebuah hubungan kekeluargaan.

Namun tidak semua dapat memiliki anak sebaik sahaja mendirikan rumah tangga. Ada juga yang diduga apabila perlu menanti waktu yang lama untuk mendapatkan zuriat.

Tidak kurang juga ada yang melakukan pelbagai rawatan demi mendapatkan cahaya mata yang sering dinantikan.

Pasangan tunggu 11 tahun untuk dapat anak

Perkara sama turut dirasai oleh sepasang suami isteri apabila mereka menanti selama 11 tahun untuk dikurniakan cahaya mata.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Linda di TikTok, awalnya kelihatan wanita itu telah memberikan satu kotak berwarna putih kepada suaminya.

Sebaik membuka kotak yang dipercayai berisi alat ujian kehamilan, lelaki itu kemudian memandang isterinya seperti tidak percaya.

Menangis dalam pelukan tak sangka dikurniakan anak selepas lama menanti

Malah si isteri mengangguk menandakan keputusan ujian kehamilan itu menunjukkan dia positif hamil sebelum lelaki berkenaan menangis.

Mereka kemudian menangis sambil berpelukan, ini kerana pasangan itu telah menanti dengan sabar selama 11 tahun untuk dikurniakan cahaya mata.

Awalnya seperti tak percaya, turut tunjuk bayi yang dah selamat dilahirkan

Malah turut kedengaran dalam tangisan itu, si isteri mengatakan dia juga pada awal seperti tidak percaya dengan perkara itu.

Diakhir video Linda turut menunjukkan bayi comel mereka yang telah pun selamat lahir ke dunia.

“Sesungguh bila Allah SWT berkehendak, Allah akan memberikannya tanpa kita duga. Penantian cahaya mata selama 11 tahun. Anugerah yang terindah untuk kami. AllahSWT tahu waktu yang tepat untuk memberi,” tulisnya di ruang kapsyen.

Doakan pasangan TTC yang lain diberikan rezeki anak

Linda dalam masa sama, mendoakan pasangan lain yang sedang mencuba atau Trying To Conceive (ttc) turut dikurniakan rezeki sama dan diberikan peluang dengan izin Allah SWT.

“Senjata terbesar kita doa tawakal ikhtiar sabar dan reda, berdamai dengan takdir kita. Insya-Allah ada benda yang baik Allah akan berikan.”

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, Linda mengatakan dia faham perasaan pasangan suami isteri yang masih menanti cahaya mata. Ia memang perit dan sakit.

Malah menjelaskan hanya mereka yang menghadapi sahaja mengetahui rasanya.

Ramai kongsi rasa gembira bersama

Melihat di ruangan komen, ramai yang bersyukur atas kurniaan yang diberikan kepada Linda.

Tidak kurang juga ramai yang sedang berjuang turut mengucapkan tahniah dan berharap mereka juga akan diberikan rezeki anak suatu hari nanti.

“Saya dan isteri dah lima tahun masih belum ada anak lagi sebab saya ada masalah. Saya teringin nak anak tapi berubat tu makan modal. Soal kewangan jadi halangan. Allah SWT uji kami kena sabar”

“Alhamdulillah tahniah sis dan suami. Saya pun nak masuk 12 tahun baru Allah bagi rezeki bayi sekarang mengandung 7 bulan. Doakan saya juga dipermudahkan urusan saya bersalin nanti”

“Alhamdulillah, saya penantian 4 tahun nak ada zuriat tapi tahun ni alhamdulillah rezeki saya mengandung”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.