fbpx
Now Reading
Apa Hukum Wanita Makan Makanan Bekas Orang Lelaki Bukan Mahram? Ini Penjelasan UAI [Video]

Apa Hukum Wanita Makan Makanan Bekas Orang Lelaki Bukan Mahram? Ini Penjelasan UAI [Video]

Namun Ustaz Azhar Idrus menekankan sisa makanan manusia adalah suci, bahkan sisa makanan haiwan juga dikira suci melainkan babi dan anjing.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berkongsi bekas makanan yang sama dengan rakan-rakan mahupun ahli keluarga bukanlah sesuatu perkara janggal.

Bahkan, di Malaysia, terdapat ramai individu-individu yang tidak kisah untuk berkongsi makanan dan minuman yang sama bersama kenalannya.

Pun begitu, timbul pula persoalan tentang hukum di dalam Islam sekiranya seseorang wanita makan atau minum daripada bekas seorang lelaki yang bukan mahramnya.

Makan makanan bekas lelaki bukan mahram harus hukumnya dan tak haram

Pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI berkata, seseorang wanita yang memakan makanan bekas orang lelaki bukan mahram (bukan muhrim) adalah tidak haram.

Menurutnya, hukum bagi perbuatan itu adalah harus sekiranya kedua-dua individu berkenaan makan pada waktu yang berasingan dan tidak sekali (bukan berdua-duaan).

“Orang lelaki makan mula-mula lepastu balik, (kemudian) tinggalkan bekas pisang goreng bersama sisa keropok pisang goreng, pisang goreng dah habis, lepas itu datang wanita letak pisang goreng baru dalam bekas yang sama sekali dengan sisa keropok pisang goreng tadi dan makan, hukumnya harus,” katanya

Jelas UAI, ini kerana sisa makanan manusia adalah suci, bahkan sisa makanan haiwan juga dikira suci melainkan babi dan anjing.

Haram hukumnya makan berdua-duaan kongsi bekas yang sama, boleh datangkan fitnah

Namun, sekiranya seorang wanita dan lelaki bukan mahram itu berkongsi bekas makanan yang sama pada waktu yang sama secara berdua-duaan maka hukumnya adalah haram.

UAI berkata, ini kerana perbuatan sedemikian boleh mendatangkan fitnah.

“Yang haramnya duduk berdua-duaan, mu (awak) colek, aku colek, mu colek, aku colek, ataupun awek makan dulu, lelaki makan kemudian, ada mendatangkan fitnah, ya hukumnya haram.”

Ustaz Azhar Idrus

UAI berkata demikian selepas diajukan soalan mengenai hukum perempuan makan makanan bekas orang lelaki tetapi belum berkahwin semasa dalam majlis kuliyah Magrib dan sesi soal jawab agama pada baru-baru ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.