Wanita Dakwa Suami & Ibu Mentua Anti Perubatan Moden Abaikan Anak Dan Enggan Beri Ubat Ketika Sakit
Menerusi luahan itu, wanita tersebut menyedari ubat paracetemol yang diterima tidak diberikan kepada bayi kecilnya bahkan ibu mentua yang juga antivaksin memaklumkan dia memberikan si kecil itu madu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sudah menjadi tanggungjawab setiap yang bergelar ibu bapa untuk mendapatkan rawatan yang terbaik buat anak-anak jika mereka tidak sihat.
Selain mendapatkan konsultasi doktor, ubat juga perlu untuk diambil seperti yang telah disarankan sebagai inisiatif untuk sembuh.
Buat laporan polis atas dakwaan suami dan mentua abaikan kanak-kanak
Namun seorang wanita mengalami situasi yang berbeza apabila suami dan ibu mentua enggan memberikan bayinya ubat sewaktu mengalami demam.
Dia yang kecewa kemudiannya membuat laporan polis terhadap dua beranak tersebut atas dakwaan pengabaian kanak-kanak.
Tak tahu suami dan ibu mentua antivaksin dan anti perubatan moden
Menerusi luahan yang dibuat oleh seorang wanita yang tak dikenali itu, wanita terbabit memaklumkan suami dan ibu mentua merupakan antara individu antivaksin dan anti perubatan moden.
Namun perkara itu tidak ketahuinya sewaktu bercinta (sebelum berkahwin). Malah semasa bersalin suaminya itu juga enggan bayinya menerima sebarang suntikan.
“Masa saya bersalin, suami enggan terima vitamin K dan sebagainya (untuk cucuk pada bayi), tapi saya minta jururawat cucukkan juga. Vaksin lain pun saya ambil juga.
“Hari tu raya haji, kita berkumpul dekat rumah mentua, masa tu bayi saya yang berusia enam bulan demam. Saya bawa jumpa doktor (General Practitioner), untuk dapatkan paracetamol tapi mentua kata tak boleh beri (ketika itu mentua tidur di rumah kami),” tulisnya dalam luahan itu.
Masih kekal positif ketika ibu mentua nak jagakan anak, namun terkejut ubat langsung tak dibuka
Ketika ingin menghantar anak ke taska, ibu mentua memaklumkan dia boleh menjaga si kecil itu. Namun masuk hari ke empat anaknya masih demam dan wanita terbabit baru menyedari ubat paracetamol langsung tidak dibuka.
Apabila bertanya pada suami tindakan perlu dilakukan kerana si kecil sudah mengalami demam yang lama dia masih berkeras dan tidak mahu menghantar anak ke hospital.
Ibu mentua bagi madu pada bayi usia 6 bulan
Apa yang membuatkan wanita itu lebih terkejut ibu mentua memaklumkan dia memberikan bayi kecil itu madu.
Untuk makluman, bayi yang berusia bawah satu tahun tidak boleh diberikan madu kerana boleh menyebabkan jangkitan Clostridium Botulinum.
Baca artikel berkaitan: Rupanya Ini Sebab Mengapa Bayi Tidak Boleh Makan Madu
Keadaan anak sudah ‘lembik’, kaki dan tangan membengkak
Malah dia menyifatkan keadaan anaknya ketika itu sudah lemah manakala kaki dan tangan membengkak.
“Madu dalam botol tu saya beli dekat pasar raya RM6. Madu tak boleh beri pada anak kecil bawah satu tahun kan? Saya terus bawa anak ke kecemasan.
“Anak kena pneumonia je, tak ada botulism (sejenis bakteria) ke apa. Kemudian mak saya datang jaga anak dekat hospital.”
Dia turut mendakwa suami dan ibu mentuanya kemudian telah ditahan reman selama dua hari selepas wanita itu membuat laporan polis.
“Saya buat laporan polis terhadap suami dan mak mentua. Polis kemudian menahan reman dan nak dakwa atas pengabaian. Kena tahan dua hari je, kemudian jamin.”
Suami minta tarik laporan, janji tak mahu jadi antivaksin
Suaminya bagaimanapun meminta agar laporan ditarik semula namun dia enggan melakukan perkara itu bahkan memaklumkan ingin menuntut penceraian.
“Isnin ini saya nak failkan penceraian. Dia (suami) cakap dia tak mahu jadi antivaksin lagi tapi mak mentua dan keluarganya yang lain memang maki saya panjang lebar. Macam mana ya? betul ke tindakan saya atau saya ‘overreacted’?” soal wanita itu.
anon ure so MOTHER for this 🔥🔥🔥 (never mess with baby mamas) pic.twitter.com/oteguF2JvF
— pel calico lover (@pelisahh) June 30, 2024
Ramai sokong tindakan wanita minta cerai dan buat laporan polis terhadap suami dan mentua
Melihat di ruangan balas, ramai yang menyokong tindakan wanita terbabit dengan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.
Malah mereka turut memujinya seorang wanita yang berani dan berpendapat lelaki itu tidak hanya antivaksin malah terlalu menuruti kehendak ibu mentua yang disifatkan toksik.
Selain itu, ramai yang meminta wanita terbabit untuk melindungi anaknya dan jangan sama sekali menarik laporan tersebut.